Monday 2 March 2015

Dongakkanlah Kepalamu!!! Dah Terhantuk Baru Nak Terngadah!!!



Tingg!! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen.Tidak menunggu lama lelaki itu mengutip syiling tersebut dan memasukkan ke dalam poket dan menyambung kembali kerja.

Tingg!! sekali lagi lelaki itu terpandang syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri dan kanan serta sekeliling tetapi tiada siapa..

Sekali lagi dia mengambil syiling itu dan memasukkan kedalam poket sambil berkata di dalam hati Rezeki aku ni. Lelaki itu senang hati kerana bertaburan syiling di sekelilingnya dan dia tidak tahu dari mana datangnya syiling itu.

Tapi lelaki itu tidak sedar bahawa syiling-syiling tersebut dicampakkan oleh ketuanya dari tingkat atas pada aras yang tinggi bangunan separuh siap.

Sebenarnya ketuanya mahu memanggil lelaki itu tapi jeritan ketuanya tenggelam dek bunyi bising pelbagai mesin di kawasan binaan itu.

Akhirnya bila syiling dah habis si ketua tadi mengambil batu batu kecil pula yang terdapat di lantaibangunan itu dan di baling ke bawah.

Beberapa kali batu itu terkena badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas melihat dari mana datangnya batu-batu kecil tadi.

Kemudian barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang cuba mencari perhatian dari tadi bagi menyampaikan pesan.


Moralnya di sini tanpa kita sedar Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tak terkira pada kita. 

Allah menjatuhkan rezeki itu agar kita mendongak ke atas dan bersyukur dengan kurniaan-NYA.Tetapi kita selalu lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati segala pemberianNYA tanpa sedikit pun mengucapkan terima kasih.

Apabila 'batu' pula yang berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman menyakitkan menjatuhi kita barulah kita tersedar dan mendongak untuk menadah tangan kepadanya.

No comments: