Friday, 20 March 2015

Apakah Seseorang Ahli Parlimen Boleh Bercakap Apa Sahaja Di Parlimen?

PHOOLAN DEVI, THE BANDIT QUEEN OF MALAYSIA???



Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang ahli Parlimen di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya sebaliknya masih mempunyai sekatan dan batasan tertentu.

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah :

a) berhubung Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,

b) Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

c) Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat,

d) perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

‘‘Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli parlimen itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.


Anak sulung Anwar itu meroyan, meraban, melalak sewakyu berucap dalam Dewan Rakyat tempoh hari menghina Yang Arif Hakim Hakim dengan kata kata;
“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” ini ucapan Nurul Izzah di parlimen pada 10 Mac 2015.
Nurul Izzah telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkara d) di atas bila menuduh hakim menjual diri mereka kepada syaitan.


‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat. Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat.  Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).
Mark-Koding

















Pada tahun 1982, Ahli Parlimen Kinabalu atas tiket Barisan Nasional,  Mark Koding (gambar) pernah disabitkan kesalahan menghasut berikutan ucapannya di Dewan Rakyat, pada 11 Oktober 1978. Mark Koding mempersoalkan dasar kerajaan membenarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan di negara ini.
Mark Koding ketika itu menyokong penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil serta menyatakan jika perkara tersebut melanggar Perkara 152 Perlembagaan, maka Perlembagaan perlu dipinda.
Ini ucapan yang telah disebut oleh Mark Koding :
Keadaan eksklusif dalam negara kita di masa ini adalah hasil daripada baik hati kaum bumiputra membiarkan sekolah-sekolah China dan India menggunakan bahasa mereka selepas Merdeka. Sekiranya tokoh-tokoh kita yang awal dapat meramalkan keadaan yang berlaku pada masa ini dan tidak bertolak ansur untuk menghapuskan pelajaran China dan Tamil sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah yang kita hadapi sekarang ini.
“Bagaimanapun, masih ada lagi masa untuk kita membaiki keadaan ini. Tindakan kita bukanlah mencerminkan tujuan dan kepercayaan tokoh-tokoh kita yang lalu oleh sebab mereka telah bertindak berdasarkan kepada keadaan yang wujud pada masa itu dan mereka dengan ikhlas mempercayai bahawa mereka telah dapat menyelesaikan isu tersebut. Mereka tidak dapat disalahkan dengan apa yang terjadi pada hari ini oleh sebab cabaran-cabaran yang kita terima hari ini bukanlah datang dari zaman mereka. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk mengatasinya”.
”Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu.
“Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti orang asing. Adakah kita mahu mengwujudkan identiti kita atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan. Saya rasa sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak ada alternatif yang lain demi survival negara kita”.
Bandingkan antara keduanya,siapa yang lebih benar???

No comments: