Sunday 22 March 2015

HUKUM HUDUD SEBENAR ADALAH UNTUK SEMUA,BAIK ISLAM MAHUPUN KAFIR!!! PART 2.

1.2 MENGAPA IA PERLU DILAKSANAKAN?



Hudud adalah Hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.,seperti mana yang diteliti terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan jelas. Jadi sebagai khalifah yang diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita sepatutnya wajib melaksanakan hukum Hudud ini kerana amat jelas sekali ia adalah tuntutan Allah kepada kita semua apabila menjangkaui hak-hak kita sebagai manusia dan melanggar hak-hak Allah.

2.0 KEDUDUKAN HUDUD DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Dalam Undang-undang Jenayah Islam, ia terbahagi kepada tiga hukum utama iaitu Hudud, Qisas, dan Ta’zir di mana pesalah akan dihukum setakat mana perlakuan atau kesalahan yang dilakukan. Keutamaan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas pesalah ialah hukuman hudud, namun jika tiada bukti yang sah, atau tidak memenuhi syarat-syarat yang mengesahkan hukuman hudud, atau tidak meliputi perkara yang dikenakan hukuman hudud, maka ia akan dikenakan hukuman Qisas atau jika kesalahannya juga tidak meliputi Qisas, maka ia akan dikenakan hukuman Ta’zir mengikut ketentuan Hakim.

3.0 HUKUM PELAKSANAAN HUDUD MENURUT ISLAM

Islam diturunkan untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia di dunia dan sebagai pedoman hidup yang mutlak bagi umat manusia, khususnya bagi orang-orang Islam. Ajaran-ajaran Islam itu adalah bersifat universal, rasional dan fithri serta sesuai untuk sepanjang zaman, semua tempat dan keaadaan.

Tidak ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang sudah lapuk ditelan zaman, bahkan hukum-hukum Allah dan Rasul itulah hukum ultra moden kerana ia dicipta oleh Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui akan sifat hambanya zahir dan batin. Tiada alternatif lain bagi umat Islam selain dari hukum-hukum Allah.

Hukum-hukum Islam itu telah dijalankan sepenuhnya oleh Rasulullah dan Khulafaur-Rasyidin dan Khalifah-khalifah Islam berikutnya sehinggalah zaman kejatuhan Islam. Tiada siapa yang berhak menukar gantikannya atau memansuhkannya. Hukum-hukum tersebut adalah kekal abadi sampai akhir zaman.

Allah telah menurunkan hukum-hukumnya dan kepada kita sebagai hambanya diwajibkan melaksanakan hukum-hukum itu dengan penuh ketaatan “kami dengar dan kami patuh,” bukannya dengan dolak-dalik dan helah seperti kaum Yahudi dan orang-orang munafiq.

Pelaksanaan hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan masalah kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat manusia dan pasti akan wujud masyarakat yang aman damai dan makmur dalam keredhaan Allah. Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.-kakaktua.

2 comments:

Anonymous said...

Utk semua dlm keadaan umat Islam berkuasa sepenuhnya.
Bgmn dlm keadaan umat Islam tidak berkuasa penuh, atau dlm keadaan minoriti, atau umat Islam di negara kafir ?

Anonymous said...

bukan soal berkuasa sepenuhnya atau tidak! soal pokoknya hudud Allah untuk semua! sebab itu hudud boleh di tangguh kalau masih tak mampu nak laksanakan!