Thursday 12 March 2015

NURUL IZZAH "AZAZIL" ???

Nurul Izzah "hampir terkencing" kena sembur dengan Azalina Othman.






Kenyataan tersebut dilakukan Azalina ketika mengulas mengenai tindakan Nurul Izzah mengaitkan Kerajaan Persekutuan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan sehingga menyebabkan Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari lalu.

Azalina berkata, tindakan Nurul Izzah menyalahkan Kerajaan Persekutuan dilakukan sebagai satu perkara ‘biasa’ seorang anak bagi membela nasib bapanya namun ia perlu diubah dengan satu nasihat agar Anwar segera baertaubat dan menghentikkan semua perbuatan buruk beliau.

“Kita sebagai Barisan Nasional, kita memang kesian dekat Lembah Pantai.

"Saya kesian dengan beliau. Ya lah, mana ada anak nak mengaku bapanya buat jenayah.

“Dia marah tetapi sebagai seorang yang nombor satu dalam keluarga sepatutnya kalau sayangkan ayah, nasihatkanlah dan janganlah buat benda yang tak senonoh,” kata Azalina dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pihak pembangkang seharusnya menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan tindakan mereka mengadakan perhimpunan #KitaLawan seharusnya tidak berlaku kerana kebanyakan pemimpin pembangkang terdiri daripada para peguam.

Menurut beliau lagi, lokasi perhimpunan tersebut turut menjadi persoalan memandangkan Kuala Lumpur bukan dibawah penguasaan Pakatan Rakyat(PR).

"PR menguasai tiga negeri, buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi  tidak dibuat di sana.

"Kalau betullah institusi kehakiman Malaysia ini institusi yang dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Letak jawatan, jadi pendakwaraya yang berpendidikan... apabila menang hakim 'best' kalau kalah hakim tak 'best'," kata
 Azalina lagi. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

No comments: