Wednesday, 25 March 2015

HUDUD AKAN MEMPERLIHATKAN SIAPA AHLI PARLIMEN ISLAM YANG AKAN JADI KAFIR!!!

Mari kita lihat,ahli parlimen islam Malaysia
jadi orang ke atau jadi hantu!!!



Yang duduk didepan 3 orang tu Melayu,Islam,
pemimpin Pas pulak tu....yang seorang kenal 
sangat sepupu sepapat chin peng.....


Mereka pilih Dap bukan Hudud. Tak lama lagi 
mereka akan sah kafir bila draf hudud Pas 
dibentangkan di Parlimen!



Siapa Di Antara 137 Ahli Parlimen Islam Malaysia Yang Bakal Jadi Kafir???


Perjalanan dan perjuangan untuk melihat 
hudud dilaksanakan di negeri Kelantan 
sebenarnya masih  lagi panjang dan jauh. 

Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan 
harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 
355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa 
Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan 
Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri 
Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

Secara matematiknya jumlah ahli parlimen 
Islam yang di dalam Dewan Rakyat, berjumlah 
137 orang secara keseluruhan. 

Walaupun untuk meminda dua akta ini hanya 
memerlukan sokongan “simple majority” atau 
112 orang ahli parlimen bersetuju bagi
membolehkan ianya diluluskan tetapi kekangan 
parti, kecetekan ilmu dan iman bakal jadi penentu.

Jumlah 112 undi untuk membolehkan perlembagaan 
dipinda nampak kecil tetapi bukan mudah hendak dicapai.

137 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO –  88 orang

2) Ahli parlimen PBB – 10 orang

3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang

4) Ahl parlimen PAS – 21 orang

5) Ahli parlimen PKR – 15 orang

(tidak termasuk Anwar Ibrahim yang kini 
di penjara)

6) Ahli parlimen DAP – 2 orang

( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera)

Jadi siapa ahli parlimen Islam yang berani 
tidak mahu mengundi hudud di parlimen?

Hakikatnya Pas terbahagi dua iaitu golongan 
Ulamak dan Professional yang diragui ilmu 
agama dan pegangan mereka. 

Malah mereka dilihat lebih taat kepada DAP 
berbanding Presiden Pas. Justru undi dari 
MP Pas juga masih belum solid.

2 ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil 
pula pasti akan taat kepada pucuk pimpinan 
DAP. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen 
PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk 
menyokong hudud diluluskan di parlimen.

Undi MP Umno dan gabungan BN pula 
dilihat agak solid jika Presiden parti 
memberikan green light. 

Malah kebanyakkan MP Umno/BN dilihat 

menyokong hudud kecuali beberapa kerat 
yang dilihat agak liberal mungkin kerana 
faktor cetek ilmu ataupun datang daripada
keluarga kahwin campur. 

Walaupun PKR sebagaimana DAP telah 
melahirkan hasrat tidak menyokong pembentangan 
Hudud di Parlimen, Anwar dilihat bernasib baik 
kerana tidak perlu mengundi. 

Yang pasti berani mengundi menolak Hudud, 
walaupun mengetahui perlaksanaan hukum 
tersebut adalah wajib, boleh membawa kepada 
terbatalnya kalimah syahadah seseorang itu 
dan boleh membawa kepada kufur. 
Waliyazubillah.-bumiyang.

MENOLAK HUDUD LANGSUNG TIDAK MENJEJASKAN 
ALLAH! YANG PASTI, BERSEDIALAH MENJADI KAFIR!

PILIH ANTARA DUA! KEPENTINGAN POLITIK 
ATAU KEPENTINGAN AKIDAH TERHADAP ALLAH!

JANGAN MENANG DI DUNIA TETAPI 
SENGSARA DI AKHIRAT! 
ALLAH SENTIASA MELIHAT!!!

1 comment:

Anonymous said...

Dan hendaklah seseorg itu melihat apa yg dia sediakan utk hari esok (Akhirat)nya.
Dan jgnlah kamu jadi spt org yg melupakan Allah (swt) mk Allah (swt) menjadikan dia melupakan dirinya sendiri, mrk itulah org org yg fasik.