Monday 16 March 2015

KERAJAAN YANG MUFLIS DAN KEJAM TELAH MENGHASILKAN MANUSIA YANG TERHEBAT ABAD INI!!!


BILA ILMU DUNIA MELUNTURKAN ILMU AGAMA!!! 


Rafizi Ramli yang selalu melaungkan kerajaan 
zalim dan rakyat menderita tapi adakah itu dari pengalamannya sendiri? 

Mari kita lihat latar belakang orang yang menuduh kerajaan pusat tidak adil.

20 tahun belajar di bawah tajaan kerajaan dan 

syarikat kerajaan, serta 7 tahun bekerja di bawah syarikat kerajaan dengan gaji besar. 

Akhirnya pada umur 37 tahun bejaya mengumpul 
harta bernilai RM2 juta. Anda mampu?



Aku tak suka pembangkang bukan kerana namanya pembangkang  Aku tak suka pembangkang kerana pembangkang di Malaysia mengajar rakyat untuk biadap dengan pemerintah .. 


Kurang ajar dengan pemerintah .. 


Jika tak  puas hati kita punya saluran yang betul bukan dengan cara mengajar rakyat untuk benci dengan pemimpin sendiri .. 


Anak-anak muda sekarang terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang dengan mengatakan kerajaan zalim itu aje .. Bila kerajaan zalim wajib di tentang dan 
dijatuhkan kata pembangkang lah .. 


Kata aku pula islam ajar mentaati pemerintah walaupun ia zalim . Kezaliman yang pemerintah buat tidak boleh didiamkan tapi islam punya cara untuk selesaikannya.


Prinsip ahli sunnah waljamaah adalah mentaati pemerintah islam yang sah. Jika pemerintah melakukan kejahatan benci lah kejahatan yang dia buat tapi kita jangan sesekali cabut tangan kita untuk keluar menentang pemerintah. 


Sekarang aku sangat sedih di mana ramai anak  muda sekarang ni biadab dengan pemerintah.Ada puak kata pemerintah yang tak amal akan suruhan Allah perlu ke di hormati ? 


Jawabnya sangat mudah pemimpin ibarat ayah .. Jika ayah kita tak solat adakah kita sebagai anak wajib membenci ayah ? Tidak kan . Nasihatkan ayah supaya berubah . Jika tidak jalan juga islam punye cara yang plg mujarab iaitu doa . 


Doakan untuk ayah bukan maki,hamun ayah .. Begitu juga dengan pemimpin . Jika pemimpin yang buat silap doakan beliau . Kerana mendoakan kebaikan untuk pemimpin di tuntut dalam islam . 


Sedangkan ulama ahli sunnah waljamaah iaitu imam Ahmad bin Hanbal mendoakan kebaikan untuk pemimpin.Tidak pernah dia memberontak ke atas khalifah walaupun berlaku zalim terhadapnya.spoill lah. Sedih yang biadap anak muda pula tu jika anak muda pun dah di ajar untk biadap dengan pemerintah apa lagi yg tinggal ?? Aku cakap ni bukan nak salahkan pembangkang semata tapi dalam kerajaan pun sama . Biar meraka dengan cara mereka . Kita jangan ikut cara pembangkang okey!!!

Dia orang tak mendalami hukum-hukam sebab itu sentiasa bertindak mengikut nafsu serakah walaupun ada dalam kalangan mereka berilmu agama bertingkat-tingkat!!!

6 comments:

Anonymous said...

Ilmu tanpa iman dan taqwa, yg bertambah adalah keegoan, keangkuhan dan ketaksuban pd pendapat sendiri.

Unknown said...

Blogger Kutukan Dewata,
Saya bersetuju anak tak boleh mengasari bapa atas apa jua alasan. Tidak boleh menentang ulil amri selagi dia tidak melanggar syariat.

1. Atok marah dan maki bapa kerana sikap bapa yang jahat dan boros. @ TDM marah PM atas bencana ekonomi yang berlaku sekarang.

2. Anak (Rafizi) tak wajar marahkan bapa (PM Najib) yang selama ini menyekolahkan anak dengan biasiswa, pekerjaan dan lain2 nikmat. KD, cuba ambil contoh cerita anak angkat yang bukan setakat marah malah memerangi bapa angkatnya yang telah memeliharanya dari kecil. Adakah salah pendirian anak angkat itu? Kalau begitu pendirian KD, kutuklah Nabi Musa a.s. seorang anak angkat yang memerangi Firaun ayah angkatnya. Wallahuaklam.

Anonymous said...

Anon 1057, jangan samakan rafizi dengan Nabi Musa, Rasullah. Rafizi ni pulak kaki fitnah. X faham ke?

Anonymous said...

Awak tu sebenarnya kaki fitnah.

Taat kepada pemimpin secara membabi buta.

- Kamu tak rasa sekarang rakyat bawahan terlalu perit untuk meneruskan kehidupan ada sapa peduli ???????

Anonymous said...

rafizi keturunan nabi musa! tindakannya betul belaka!

Kutukandewata said...

firaun tu kafir,wajar diperangi oleh nabi musa.dan allah berpesan kepada nabi musa supaya berlembut bila berhadapan dengan firaun.

adakah kerajaan kita ini di pimpin oleh sikafir?najib tu kafir ke?apakah tindakan najib selama ini membelakangkan kemaslahatan ummah?apakah perangai najib sama dengan firaun? akal yang tak kesampaian saje yang tak boleh memahami sesuatu situasi!