Monday, 30 March 2015

BIJAKNYA RAKYAT INDONESIA BERBANDING RAKYAT MALAYSIA!!!




Jokowi umum GST Indonesia 16 peratus





Enggan tertinggal dengan jiran terdekatnya 
Malaysia, Presiden Indonesia Joko Widodo  
mengumumkan bahawa republik itu 
akan turut melaksanakan Cukai Barangan 
dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Bagaimanapun, tidak seperti Malaysia yang 
memulakan cukai kontroversi itu dengan 
kadar 6 peratus, Indonesia sebaliknya akan 
bermula dengan 16 peratus – 10 peratus 
lebih tinggi daripada Malaysia.

“Pak (Datuk Seri) Najib (Razak) di Malaysia 
sudah berkali-kali bilang GST itu bagus. 
Kalau bagus, waduh, kenapa harus 6 peratus 
saja? Jadi saya naikkan GST di Indonesia 
sebagai 16 peratus.

“Moga-moga negara kita 10 peratus lebih 
makmur berbanding Malaysia dan tenaga 
kerja kita tidak lagi perlu mencari rezeki 
di sana,” kata Joko yang lebih dikenali 
sebagai Jokowi.

Pengumuman kontroversi itu diumumkan 
di hampir semua saluran televisyen utama 
Indonesia sebentar tadi.

Sementara itu, rata-rata pengguna Internet 
di negara itu menyambut baik cadangan 
Jokowi itu.

Tidak disangka-sangka, mereka malah 
merancang mengadakan demonstrasi besar
-besaran di Istana Presiden di Jakarta bermula 
pagi esok jika kerajaan tidak melaksanakannya 
dengan segera.

“Kalau bagus kenapa harus ditangguh-tangguh. 
Laksanakan saja sekarang,” kata Bambang 
(satu nama), seorang aktivis daripada Jaringan 
Indonesia Kaya bersama Rakyatnya (JIKR).

Kepala Kepolisian Republik Indonesia 
(Kapolri) Timur Pradopo menulis di Twitter 
sebentar tadi menggalakkan orang ramai 
turut berdemonstrasi beramai-ramai untuk 
“meraikan demokrasi”. – Bernipu -1Malaysia.

No comments: