Thursday, 26 March 2015

UTAMAKAN RAKYAT, BUKAN POLITIK SEMPIT!!!



     Buat kerja macam orang tak bersunat!!!


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali disifatkan tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan perjanjian penstrukturan industri air negeri dengan kerajaan persekutuan yang dibatalkannya sebelum ini.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Azmin kini tersepit dengan perjanjian berkenaan yang jelas membawa lebih banyak kelebihan kepada negeri itu sendiri.


"Azmin semalam kata mahu bincang balik, kerajaan negeri tidak ada pilihan sebenarnya selain bersetuju.


"Apakah Azmin mahu lihat rakyat Selangor terus mundur atau dia lebih suka mempertahan jawatan demi melihat sekutunya seperti DAP berpihak kepadanya.



"Jelas Selangor akan semakin mundur jika perjanjian ini terbatal, pelabur akan lari dan kemajuan negeri akan menjadi semakin kabur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Noh mengulas kenyataan Azmin terhadap reaksi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang menyatakan kesediaan untuk kembali kepada terma utama perjanjian.



Jelas Azmin lagi, satu pertemuan di peringkat pegawai antara kementerian dan kerajaan negeri akan diadakan.



Pada 9 Mac, Azmin mengumumkan membatalkan perjanjian air bersama Putrajaya kerana mendakwa kerajaan persekutuan melanggar terma seperti yang dipersetujui dalam perjanjian utama yang ditandatangani September tahun lalu.



Dalam pada itu kata Noh, situasi Selangor yang kini jatuh ke tempat keempat dari segi negeri termaju dilihat akan lebih merudum sekiranya perjanjian itu tidak dimeterai segera.



"Pelaburan, jumlah pengangguran, dan peluang pekerjaan mencatat angka yang kurang menarik untuk dipamer berbanding dahulu," jelasnya.



Noh turut mejelaskan, faktor air dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dilihat alasan utama bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan.



"Jadi Azmin sekarang tidak mahu jawatannya dilucut oleh orang dalaman Pakatan Rakyat (PR), namun dia harus fikirkan fakyat Selangor juga," katanya.



Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air (KETHHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah menerima mandat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi menyelesaikan isu air dengan Kerajaan Selangor.



Katanya, kementeriannya juga akan terus terlibat dengan Kerajaan Selangor untuk menyambung semula rundingan berkenaan.

No comments: