Sunday, 1 March 2015

APABILA OTAK UDANG BERBICARA!!!


Semua penyokong PKR patut desak Agong bebaskan Anwar.. - Sivarasa.




Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dalam satu forum di Pulau Pinang semalam memberitahu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar dapat dibebaskan jika mendapat pengampunan daripada Agung yang dihantar melalui petisyen oleh keluarganya pada 24 Februari lalu.

Beliau juga menggesa penyokong-penyokong Anwar untuk turut sama membuat permohonan pengampunan Diraja bagi membolehkan Anwar mendapatkan pengampunan dari hukuman kes liwatnya.

Sivarasa berkata, penyokong perlu memohon petisyen tersebut dan menyerahkannya kepada Agong bagi membebaskan Anwar. Tambahnya permohonan ini bukan bererti ianya satu pengakuan bersalah bagi Anwar.

"Mereka boleh buat begitu, anjurkan sesama mereka untuk melobi Agong. Hakikatnya yang petisyen untuk pengampunan diraja itu ada. Ini bukan lagi satu proses undang-undang. Proses pengampunan ialah di luar hak perundangan. Ia berdasarkan budi bicara Agong," kata Sivarasa kepada pemberita.

Menurut Sivarasa, jika penyokong turut bersama-sama membuat permohonan ini, ini menunjukkan usaha penyokong dan PKR membebaskan sesorang tidak bersalah dari penjara.

Pengampunan diraja ialah satu-satunya cara Anwar boleh dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya dan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya dan ia perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan.-Alip Danial/Utaranews.com- 


KD: 

JENAYAH TETAP JENAYAH!!! SETIAP KESALAHAN JENAYAH WAJIB DIHUKUM!
DALAM SESUATU PENGHUKUMAN PERLU
ADIL DAN SAKSAMA KEPADA SEMUA ORANG
TANPA PILIH BULU!

JANGANLAH KITA MENCIPTA KASTA DALAM
KALANGAN RAKYAT MALAYSIA!

KERANA HANYA BERSTATUSKAN RAKYAT MISKIN DAN MARHAIN MAKA DIPANDANG HINA DAN SEBELAH MATA!

KERANA HANYA CURI SEKETUL SABUN DIPENJARA DUA TAHUN.JENAYAH TETAP JENAYAH.TIADA PULA DAPAT PENGAMPUNAN!

KERANA BERPENGARUH DAN BERDARJAT TINGGI DI MATA MANUSIA TAK BERAKAL WARAS,DIA BOLEH DAPAT PENGAMPUNAN DI RAJA?

KESALAHANNYA TERLALU BESAR!!!
KESALAHAN YANG PALING ALLAH MURKA!
KALAU UMAT LUT,GEMORAH DAN POMPEII
MENDAPAT BALASAN YANG MAHA DAHSYAT
MAKA BAYANGKANLAH TAHAP KESALAHAN
ITU!

BERANIKAH MANUSIA BERDEPAN DENGAN KEMURKAAN ALLAH???

MAMPUKAH MANUSIA MENGAMPUNKAN KESALAHAN MANUSIA YANG ALLAH SENDIRI
JELAS KEMURKAANNYA?

MINTAKLAH AMPUN DENGAN MANGSA DAN KEMUDIAN MINTAK AMPUNLAH DENGAN ALLAH!

ITU SEBENARNYA KONSEP KEAMPUNAN YANG SEBENARNYA!!!

AMPUN TUANKU YANG DIPERTUAN AGONG!!!

BERTINDAKLAH ATAS KEBENARAN KERANA ALLAH!!!

JANGAN SESEKALI MEWUJUD KASTA DALAM KALANGAN RAKYAT!

JANGAN SESEKALI MENGHASILKAN SEMBAH DERHAKA YANG AKAN BERKUMANDANG DI SELURUH PELUSUK RUANG UDARA DI TANAH BERTUAH INI!


RAJA ADIL RAJA DISAYANGI,RAJA ZALIM RAJA
DIJELINGI.

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

DAULAT TUANKU!!!

No comments: