Tuesday, 24 March 2015

BABI AJAK HARIMAU BERKAWAN KARIB???


HAHAHA!!!...APA??? DAP AJAK UMNO/BN BERSATU?!! WEKK.!!! LOYA AKU DENGAR.!!!!



Dengan Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang, mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia", yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.


Sambil menyifatkan senario politik Malaysia sebagai "no man's land", veteran DAP itu berkata ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru.


Ini katanya, mestilah dengan syarat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparlimen oleh PAS.



"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.


Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan  bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".


Kenyataan Lim Kit Siang ini dilihat sebagai amat terdesak setelah PAS mengumumkan perlaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan yang akan mengakibatkan DAP dipandang rendah oleh kaum cina di Malaysia.


Sebelum ini, DAP seringkali menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga menganggap PAS mampu dijinakkan oleh mereka. Tetapi perkembangan terkini menunjukkan PAS hanya menggunakan DAP untuk mencapai cita-cita parti tersebut didalam melaksanakan hukum Hudud.


p/s: Apek ni buat lawak ke apa?? Selalu je tuduh Umno/BN jahat dan zalim la bagai.. Tup2 nak ajak bergabung buat kerajaan perpaduan lah pulak... Politik apa kejadahnya ni beb?? Politik gampang DAP kot?? Kahkahkah...!!!

No comments: