Friday, 20 March 2015

JANGAN MENGHARAMKAN SEMUDAHNYA DAN JANGAN PULA MENGHARUS TANPA SYARAT!!!


  Aku keliru susah nak faham fakta!
  


by Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sebagaimana diduga, video penerangan saya berkenaan GST disambut bercampur-campur. Ada yang maki hamun saya sebagai macai BN dan ada yang cop saya sebagai pembangkang.
Tidak diketahui apa yang mereka mampu faham dari penjelasan itu tetapi sebahagiannya kelihatan sama ada gagal memahami sebaiknya penjelasan itu atau hanya mendengar sebahagian sahaja.
Sebaiknya dengarlah dengan teliti dan habis serta cuba catatkan point dan kemudian berfikirlah dengan tenang dan sabar. Semua bebas untuk setuju atau tidak setuju tetapi sama-samalah kita mengutamakan akhlak dalam berkata-kata.
Seluruh hasil kerajaan dari cukai adalah RM 171.7 billion pada tahun 2014. Hasil bukan dari cukai adalah RM 51.5 billion. Ada sedikit lagi hasil lain sekitar 1.7 bil. Maka total hasil kerajaan pada tahun 2014 tersebut adalah RM 225 billion. (Rujuk data di sini http://www.treasury.gov.my/…/buku_anggaran_hasil_kerajaan_p…)
Dari sumber hasil itu, untuk bayar gaji kakitangan awam sahaja kerajaan bayar RM 65 billion.
Jika semua cukai diputuskan haram dalam kes Malaysia, maka kerajaan hanya ada hasil sebanyak RM 53.3 billion. Apa akan berlaku jika itu sahaja hasil negara?.
Atas sebab itu, hukum fiqh mesti dikeluarkan dengan melihat suasana semasa, kes wujdunya tidak amanah, tiris, rasuah & boros itu memang isu sejagat yang mesti diperjuangkan sentiasa dalam mana-mana kerajaan sekalipun. 

Bagi saya ia BUKAN HANYA masalah pada pemimpin politik tetapi juga berlaku kepada kakitangan awam itu sendiri (yang tidak berpolitik kepartian - sbmn bukti yang telah dihukum).
Justeru, kita kena fikir secara holistik dan melihat konteks terkini walau bagaimana CACAT sekalipun ia, dan kemudian mengeluarkan pendapat yang paling logik dan mampu dilaksanakan segera, BUKAN terlalu semangat dengan pandangan IDEAL yang hampir tidak mampu dibuat. Itulah Fiqh Maqasidi dan Fiqh waq'ie namanya.
Membawakan kenyataan nasihat Imam an-Nawawi terhadap pemimpin dalam bab cukai dan tuntutannya ( iaitu pemerintah jual semua harta mereka terlebih dulu sebelum kenakan cukai rakyat) dalam konteks Malaysia adalah suatu yang sangat IDEAL yang terlalu ambitious dan hanya mengecewakan diri sendiri. Fiqh semasa berdiri atas nasihat secara tadarruj yang mampu dilaksanakan bukan AGRESIF kepada yang tidak kelihatan MAMPU dilaksanakan.
JANGAN PULA DIKATA saya menyokong cukai dan GST secara sembrono TANPA SYARAT, itu fitnah semata. Di dalam video terbabit (https://www.youtube.com/watch?v=89i7siVA1so) telah saya nyatakan pandangan saya beserta syarat-syarat, antaranya seperti GST tidak dijadikan priority untuk kutip tambah hasil negara, penjimatan setiap kementerian diperlukan, rawati isu tiris wang dan rasuah dengan serius, tangguh atau tiada belanja kerajaan kepada pembelian aset dan urusan tidak asasi, perlu sentiasa melihat kesan apabila dilaksanakan GST nanti dan bersedia mengubah beberapa dasar sekiranya kelihatan mudarat tercipta lebih besar berbanding manfaat yang ingin dicapai dan macam-macam lagi.
Pandangan ideal memang popular dan disukai ramai, namun tidak mampu dilaksana oleh yang berkuasa malah yang menyokong itu sendiri BELUM tahu mampu laksanakan untuk diri mereka sendiri.
Teringat nasihat Imam Khalifah Umar Abd Aziz kepada anaknya yang terlalu semangat ingin kemungkaran di negara dihapuskan secara ideal dan radikal:
لا تعجل يا بني؛ فإن الله قد ذمَّ الخمر في القرآن مرتين, وحَرَّمها في الثالثة, وإني أخاف أن أحمل الحقَّ على الناس جملةً, فيدفعوه جملةً, ويكون من هذا فتنة
Ertinya : Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah swt mencela arak dua kali di dalam Al-Quran, kali ketiga baru ia diharamkan, aku bimbang membawa kebaikan secara keseluruhan (lump sump) kepada manusia lalu mereka menolaknya sebegitu juga  ( tidak mampu laksana), maka akan terjadilah darinya fitnah besar.
Ini bahan untuk berfikir bukan untuk memaki hamun di ruang ini.


Imam Sufyan At-Thawry berkata :
العلم هو الرخصة من عالم ثقة، أما التشدد فيحسنه كل أحد
Ertinya : Ilmu itu mengandungi keringanan (boleh diambil) dari individu yang faham dan dipercayai (hasil kajian yang holistik), adapun terlalu berkeras itu semua orang pun pandai (mudah dan mampu) membuatnya. (ertinya tidak banyak add value jika hanya pandai mengharam tanpa praktikal).
Dr. Zaharuddin Abd Rahman.



1 comment:

Anonymous said...

Kasihan pada Ustad, ditelan mati bapak diluah mati emak, itu lah sikap manusia melayu.. jika seseorang berpihak kepada baju merah dan biru maka orang tersebut dianggap tidak benar dalam semua tingkah laku , jika orang tersebut brkiblatkan yang berbaju hijau putih dan biru muda maka orang tersebut jumud .hakikatnya dan khas nya orang yang berjau hijau susah menerima pendapat orang lain kecuali dari ustad kalangan mereka sahaja kerana mereka telah ditarbiahkan oleh pemimpin bahawa merka sahaj yyang islamik , apa sahja yang dibuat oleh pemimpin hijau adalah benar belaka.

berbalik kepada ustad, terima lah kenyataan bahwa sebagai orang 'berilmu dan tahu' akan sesuatu walaupun dikritik berpegang lah kepada yang benar kerana akhir nya bagi mereka yang berjalan mendongak keatas akan tersedar sebaik sahaja terlanggar batu dijalanan. PAda kita penerang GST ini baik dari segi hukum dan undang-undang nya cukup tepat dan sesuai berlandaskan arus semasa pentadbiran kerajaan. Usah lah gundah gulana kerana yang baik tidak selalunya diterima ramai .