Tuesday, 3 March 2015

KAK MAH YANG TERANIAYA!!!

Malaysiakini, portal yang sudah dikenalpasti menerima bantuan kewangan dan latihan daripada Zionis bertujuan untuk menjahanamkan negara ini menerusi pemberitaan yang lebih halus dan teratur bagi mengelakkan mereka diharamkan di bawah Akta Penyiaran dan Penerbitan, terus berusaha untuk membantu DAP dan Lim Guan Eng yang sedang terdesak untuk keluar daripada pelbagai serangan di atas kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan di Pulau Pinang.



Sasaran mudah mereka adalah Rosmah Mansor.

Ketiadaan tindakan undang-undang 
daripada Rosmah Mansor ke atas portal 
Zionis pro-DAP dan Anwar Ibrahim, 
menjadikan mereka begitu bebas 
melakukan fitnah selain memutarbelitkan 
apa-apa sahaja yang dikatakan oleh 
Rosmah. 

Objektif utama untuk menimbulkan 
persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap 
Rosmah Mansor, telah hampir berjaya 
apabila boleh dikatakan setiap orang 
melihat Rosmah Mansor sebagai satu 
liabiliti dan simbol kemewahan dan 
pembaziran sekalipun pada masa yang 
sama, Rosmah Mansor tidak pernah 
berada dalam kedudukan politik di mana 
negara perlu menghabiskan ratusan juta 
ringgit semata-mata untuk mewujudkan 
Pilihanraya Kecil sebagaimana yang 
dinikmati oleh Wan Azizah Wan Ismail, 
isteri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Rosmah tentang 'dandanan 
rambut bernilai RM1,200' telah diputar
belitkan dan diselewengkan dari maksud 
asal. 

Malaysiakini telah berjaya menjadikan 
rungutan Rosmah Mansor itu sebagai 
satu rungutan kemewahan kerana 
terpaksa mengeluarkan RM1,200 
semata-mata untuk mendandan 
rambutnya.

Berdasarkan kepada rakaman audio 
tersebut, Rosmah menceritakan tentang 
perlunya usaha memantau para peniaga 
yang membuat perniagaan dari rumah 
ke rumah. 

Ini adalah disebabkan ada peniaga yang 
mengenakan harga tidak munasabah 
bahkan setinggi lebih lima kali ganda. 
Rosmah memberikan contoh bagaimana 
dia telah bertanya tentang kos mewarnakan 
rambut, peniaga terbabit mahu mengenakan 
bayaran sebanyak RM1,200!

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, 
dia caj RM1,200... amboi mahalnya. Kalau 
dekat kedai, difference charge, ini home 
service."

"Kalau saya nak cat" bermakna Rosmah 
baru sahaja bertanyakan harga. Dan harga 
itu baginya sendiri adalah terlalu mahal. 
Dalam keadaan apa sekalipun, apabila 
sudah mahal, maka sudah tentulah servis 
itu tidak akan diambil. Dan seandainya benar 
dia telah menggunakan khidmat tersebut, 
tentulah dia menyatakan, 'Saya cat rambut 
di rumah RM1200 sebab home service.' 

Kalau dia seorang yang boros dan mempunyai 
RM30 bilion sebagaimana yang didakwa oleh 
para pecacai Pakatan, sudah tentu RM1200 
bukanlah mahal baginya.  

Sekaligus maksud sebenar daripada 
ucapannya yang cuba dikotorkan oleh 
Malaysiakini dengan putar belit itu adalah, 
'Kerajaan perlu memantau golongan 
peniaga tamak yang membuat untung 
berlipat kali ganda dan mengambil 
kesempatan ke atas pengguna.'

Barangkali menyedari bahawa mereka 
telah tersilap lapor dan putarbelit mereka  
telah terdedah, Malaysiakini cuba melarikan 
isu tentang Rosmah Mansor membabitkan 
CINCIN RM24 JUTA pula. 

Namun sekali lagi, mereka melakukan 
kesilapan apabila di sebalik cubaan 
melakukan fitnah, mereka secara tidak 
sengaja telah membersihkan nama 
Rosmah Mansor.

Mereka sendiri yang menyiarkan berita 
bahawa cincin tersebut telah dihantar oleh 
Jacob & Co ke Putrajaya atas nama 
Rosmah Mansor untuk rujukan Maria 
Nazarbayez, besan Rosmah Mansor.

Tindakan undang-undang seharusnya 
diambil ke atas portal Zionis pro-DAP-
PKR ini dengan seberapa segera. 
Mereka sudah terlalu berleluasa dan 
bermaharajalela melakukan kerja-
kerja fitnah. 

Sebarang tindakan membiarkan sahaja, tidak 
akan mengurangkan sikap suka menfitnah 
mereka, bahkan akan menjadikan mereka 
lebih seronok membuli dan menfitnah 
kerana tahu, mereka tidak akan diambil 
tindakan.sumber 

No comments: