Monday, 16 March 2015

BELA DAN JAGALAH NASIB ANAK CUCU MELAYU BANGSAMU!!!



Masih ada lagi kah insan seperti mereka???

by  maae 

Politik itu inti nya perbalahan. Tiada perbalahan, bukan politik tetapi mencari musuh. Politik bermusuh hanya di muka dan bermuka-muka. Belakang tabir sudah tentu sahaja peranan sebenar mengambil tempat masing-masing dalam mesyuarah bermuzakarah.


PM kepala penting negara. Persepsi dan manipulasi dua perkara berbeza. Jika persepsi nya positif, politik tentu sihat. Jika persepsi di manipulasi menjadi negatif maka bahana pengaruh tentu sahaja kepada pengundi.



Dalam hal PM Najib, pandangan umum, beliau terlalu lemah. Condong pembangkang, sudah tentu sahaja menjadi "bahan" atau bola tanggung dalam kem pembangkang ! 



Lihat sahaja, saban hari pembangkang sentiasa sahaja menghidangkan wadah beracun. Bermula dari perkara-perkara sensitif sehingga lah merujuk liar perkara melampaui batas perundangan dan perlembagaan kita. 


Kes berat 1MDB di mana Najib sendiri bersikap acuh tidak acuh, di mana dalam persepsi Tun Mahathir, BN akan berkubur dalam PRU akan datang ! BN bererti tonggak nya Umno akan lemas tenggelam...


Fikirkan apa akibat nya dan nasib Melayu Islam kelak !



Dalam negara mengejar pembangunan dan ingin menjadi negara maju setanding lain, soal pentadbiran infrastruktur projek-projek mega, melibatkan sumber modal yang besar. Kemudian hasil nya yang memberi kesejahteraan untuk semua. 



1MDB hanya berkisar menjadi kemewahan terlampau beberapa individu yang di amanahkan mengurus "mengikut acuan" sendiri dengan sokongan padu kerajaan. Namun apa yang terjadi? Di mana PM Najib yang sepatut nya tahu apa yang berlaku ? Adakah "kuasa isteri" beliau yang di momokkan pembangkang itu benar belaka? Malang nya tiada jawaban....


Kita berdoa agar Melayu Islam itu berpadu teguh. Kita juga berdoa agar melayu munafik bersekongkol kafirun harbi di lupuskan dari bumi tercinta yang bertuah ini. Ini tanah kita, Tanah Melayu ! 



Itu hak atas segala hak falam haq Allah SWT yang di anugerah dan di amanahkan kepada kita semua. Sejarah kitol dan mendaliar menjahanamkan bangsa dan negara; serta pepatah pantang Pendekar Melayu berundur semesti nya di semai dalam jiwa-jiwa anak Melayu demi sebenar insan dan bertauhid !

2 comments:

Anonymous said...

hehehe... jgn risau.
Kalau tuan pjg umur, tunggu & lihat.
Bumi Malaysia akan berubah secara total.
... apa yang berubah....?

'Serangan demi serangan' hanya akan menguatkan jati diri melayu dan islam pada masa itu nanti. Orang melayu akan bersatupadu dengan luarbiasa bila keadaan akan terdesak nanti.

Kutukandewata said...

insyaAllah!