Friday, 3 October 2014

SEMUA AKTA NAK DIMANSUHKAN???PERLEMBAGAAN NEGARA TAK NAK MANSUH KE???

SEMUA AKTA NAK DIMANSUHKAN, ALVIN DAN NAMEWEE JADI KEBAL? SALAH SIAPA?? 


Kebelakangan ini wujud desakan 

daripada Bar Council bersama NGO-NGO 
yang dipacu tunggang parti pembangkang 
yang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. 

Alasan mereka perlu ada akta lain  
diganti dengan Akta Baru yang dilabel 
dengan nama Akta Harmonilah, Akta 
Unitilah dan macam-macam lagi.

Sebelum ini mereka desak ISA 

dimansuh dan Kerajaan pada ketika 
itu tunduk 'KECUT PERUT' pada tekanan 
dan ISA telah dimansuhkan. Kesannya 
kita lihat kegiatan jenayah naik. 

Adakah kerajaan kita ini Kerajaan SUPER 

MANSUH??

Yang disalahkan selepas itu adalah 

PDRM. Rakyat yang patuhi undang-
undang hidup dalam ketakutan. Apa 
isi kandungan undang-undang baru 
yang dicadangkan oleh entiti 
tunggangan pro-pembangkang ini?

Adakah mereka ini membuat sebarang 

rujukan dibuat kepada sebilangan besar 
stakeholder kaum-kaum dalam negara 
ini? 

Adakah ia menjadikan sebarang aktiviti 
yang mengembangkan perasaan niat 
jahat dan permusuhan antara kaum 
suatu kesalahan seperti yang 
diperuntukkan Akta Hasutan?

Adakah pihak yang menyebarkan 

perasaan permusuhan kaum boleh 
didakwa di Mahkamah? 

Adakah badan lain akan diujudkan 
untuk membicarakan isu-isu 
perkauman? Jika ya, siapa pula 
yang akan mendengar dan 
memutuskannya?

Terlampau banyak persoalan-persoalan 

yang boleh disenaraikan. Rakyat perlu 
tahu dan patut tahu. Bar Council buat 
deraf dan rakyat dibiar dalam kegelapan. 
Mungkin inilah maknanya ketelusan 
mengikut versi BAR COUNCIL….

Mengapa pula Bar Council yang deraf 

Akta ini? Rakyat tidak pernah memilih 
Bar Council menjadi pemimpin mereka. 

Rakyat juga tidak gemar dengan sikap 
DOUBLE STANDARD Bar Council. Hasilnya 
kita lihat  kes-kes yang berlaku pada 
ketika ini menjadi topik yang cukup 
hangat diperkatakan, sehingga ada 
pihak yang cuba menyalahkan pihak 
POLIS kononnya tak tegas mahupun 
tak menjalankan tugas...

Hal ini bukan saja dibangkitkan oleh 

pihak pembangkang, tetapi, ada 
sebilangan kecil yang kurang faham 
isu ini dalam pihak kerajaan juga 
membangkitkan perkara yang sama. 

Adakah Alvin dan Namewee ini 'kebal' 
dari undang-undang? Adakah mereka 
ini 'dijaga' oleh seseorang supaya bebas 
untuk mengeluarkan kata-kata kesat 
yang berbau perkauman dan menghina 
pemimpin negara?


Untuk pengetahuan semua dalam soal 

undang-undang pihak Polis telah 
menjalankan tugas mereka. 

Memang kita berasa pelik, kenapa bila 
orang Melayu melakukan kesalahan 
cepat mereka dikenakan tindakan. Ini 
jawapan Menteri Dalam Negeri :

Baca juga pendedahan di blog 

Din Turtle dan Jomo Malaya

Jelas sudah jawapan Menteri Dalam 

Negeri...pada pihak Peguam Negara 
kenapa lambat untuk membuat kerja? 

Bukankah kertas siasat telah dibuka 
dan dibuat oleh pihak Polis. Prosuder 
apakah yang membuatkan Peguam 
Negara macam KECUT PERUT untuk 
membuat tindakan...nak tengok 
jatuhkan hukuman jauh sekali lah kan.

Adakah Peguam Negara dan pihak 

Kerajaan menunggu-nunggu supaya 
Akta Hasutan dimansuhkan barulah 
nak buat kerja? 

Rasanya masa tu, korang semua goyang 
kaki lah kan....Atau Peguam Negara takut 
dengan geng-geng peguam di Bar Council 
sebab susah nak cari makan nanti??

Pada PM Najib, harap beranilah dalam 

membuat sebarang keputusan yang 
melibatkan keselamatan rakyat dan 
negara. 

Kalau rasanya asyik nak ambil hati satu 
bangsa dan kaum saja, baik hentikanlah..
sampai bila kita nie asyik nak DITIPU saja 
oleh mereka.

Pertahankanlah 4 perkara utama yang 

termaktub dalam Perlembagaan negara. 
Jangan asyik tunduk dengan kehendak
satu-satu kaum nie, yang sebenarnya 
habuk pun tak der. 

Mereka sebenarnya hanya mahukan 
kuasa....janganlah asyik berucap berapi 
di atas pentas pertahankan hak orang 
Melayu dan bla bla blaaaa...kalau rasa 
diri kita tu ada rasa takut sikit nak buat 
keputusan.

Jadi Perdana Menteri perlu berani untuk 

buat keputusan, bukannya ikut cakap-
cakap para punahsihat yer wahai PM 
Najib ku sayang.....

Ini proses sebenar Polis buat kerja atau 

Peguam Negara yang PEMALAS??




Tepuk dada...tanyalah selera!!!

1 comment:

Anonymous said...

Dap x suka akta hasutan sbb menyekat kebebasan..tapi dap suka menyaman...natijahnya...menyekat kebebasan juga.