Wednesday, 28 May 2014

Urut dan seks di Bandar Puteri Puchong berleluasa!!!


Sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong yang menyediakan perkhidmatan seks dan urut batin di dalam khemah diserbu lagi buat kali kelima petang semalam.

Kali ini, serbuan jam 4.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang menahan lima wanita warga Thailand dan Vietnam termasuk dua wanita tempatan. 

Semua wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun dipercayai bekerja sebagai pelacur di premis berkenaan. Menurut Timbalan Penolong Pengarah Operasinya Othman Montil, ketika serbuan terdapat beberapa orang pelanggan yang sedang beraksi di dalam khemah yang disediakan rumah urut itu.

“Premis itu baru memulakan operasi hariannya kira-kira jam 4 petang dan ketika diserbu ada beberapa pelanggan yang sedang ‘memadu asmara’ dengan pelacur yang dilanggan.

“Pemeriksaan mendapati setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM155,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Semasa PRU yng lalu PAS parti yng kononnya mengaku islam itu PAS, PAS itu islam meyakinkn
pengundi2 islam di Selangor sekiranya BN dapat di tumbangkn maksiat tidak ada tempat di selangor.
Cheeewahhhhh itu yng aku dengar la dari lebai2 dorang semasa memberi ceramah.
Hari nie rumah urut tumbuh macam cendawan di pekan2 di Selangor.Hatta pekan kecik pun dah ada rumah urut.Tak silap di Shah Alam pun tak terkecuali.
Berjanji masa PRU tetapi tak tepati bila menang
itu namanya menipu.Menipu adalah perbuatan zalim.PAS zalim di selangor membiarkan maksiat berleluasa.