Sunday, 4 May 2014

Pesan Pelacur Secara 'Drive-Thru' Di Switzerland!!!


Sindiket pelacuran selalunya terkenal dengan 
modus operandi menunggu pelanggan di tempat 
yang terbuka seperti di tepi-tepi jalan atau secara 
tertutup seperti di bilik hotel bajet dan 
sebagainya..


Disebabkan peningkatan dalam 'industri' 
pelacuran, ahli-ahli politik di Switzerland 
telah mencadangkan agar dibuat satu 
'booth' atau 'protistution drive-thru' di 
negara bebas tersebut..Kalau nak tahu 
dengan lebih lanjut, meh baca kat 
bawah ni.. 



Masalah pelacuran di seluruh dunia sememangnya 
telah menjadi satu penyakit kronik yang sangat 
sukar untuk diselesaikan secara menyeluruh. 
Pelbagai cara telah dilakukan oleh kebanyakan 
negara untuk mengatasi masalah ini. 


Switzerland, iaitu sebuah negara yang tinggi 
kadar pelacurannya, memiliki satu cara yang 
agak unik agar masalah ini tidak mengganggu 
ketenteraman hidup masyarakatnya. 


Di sini, ahli-ahli politiknya telah mencadangkan 
pembinaan sebuah tempat khusus dimana para 
pelacur dapat melayan para pelanggannya 
tanpa mengganggu keselesaan pandangan 
umum. 


Namun, seperti di sesetengah tempat, 
pemerintah Switzerland telah membina 
sebuah tempat drive-thru khusus yang diberi 
nama "sex box" dimana mereka (pelacur) boleh 
melayan pelanggan tanpa mengganggu norma 
kehidupan sosial orang lain. 


Dengan ada nya 'sex box' ini, pelacur dan 
pelanggan bebas melakukan urus niaga. 
Setelah itu, kotak besar yang bersaiz 
sebuah kereta itu dapat digunakan oleh 
keduanya dalam melakukan urusan tanpa 
dilihat orang ramai.


Sebagai langkah awal, sebanyak 60 "sex box" 
telah dibina dan mengambil kos sekitar 1.8 
juta Pound sterling..




p/s: Satu usaha menggalakkan lagi 
jenayah pelacuran..Haishhhh =,='

No comments: