Sunday, 4 May 2014

MCA MAHU KELUAR DARIPADA BN???BUKAN KERANA HUDUD SANGAT TAPI KEBIMBANGAN TERHADAP PENYATUAN MELAYU ISLAM!!!



Betulkah MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional 
sekiranya UMNO menyokong PAS laksanakan hudud di 
Kelantan? Ini sebenarnya satu berita yang amat 
mengejutkan sekiranya benar. Mereka seolah-olah 
gagal mengukur baju di badan sendiri. 

Dalam PRU13 yang lepas prestasi MCA amat teruk sekali. 
Kegagalan mereka dalam menyumbang dengan baik 
dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional 
sebenarnya telah meletakkan MCA sebagai parti yang 
tidak lagi relevan.

Melalui analisis terhadap PRU13 yang lepas kita boleh 
membuat kesimpulan bahawa bangsa Cina di dalam 
MCA telah berpaling tadah menyokong DAP demi 
semangat rasis melampau Cina. 

Oleh itu sebenar MCA tidak berhak untuk mengkritik 
tindakan UMNO menyokong Hudud Islam bukannya 
Hudud PAS.

Ini merupakan sumbangan UMNO terhadap Islam 
sebagai agama rasmi negara. MCA tidak boleh 
menolak hudud Islam dengan membabi 
buta kerana ianya merupakan undang-undang dari 
Allah dan merupakan yang terbaik. Tidak mungkin 
ada undang-undang buatan manusia 
yang lebih baik daripada undang-undang 
Allah s.w.t.

Hakikatnya penolakan Hudud oleh DAP dan MCA 
di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas 
dan Umno bergabung. Ini akan menyebabkan kedudukan 
Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini. Sekiranya ini 
benar-benar berlaku maka ianya akan menjadi mimpi 
ngeri DAP dan MCA sekali lagi. 

Dengan itu impian DAP dan MCA untuk memastikan 
kuasa pemerintahan beralih kepada bangsa Cina akan 
gagal.

Perpaduan antara UMNO dan PAS akan menjadikan 
Melayu sebagai majoriti yang kuat. Hakikatnya 
UMNO dan PAS merupakan parti Melayu Islam. 

Desas desus kecaman dari MCA dan Gerakan 
kepada Umno sekiranya mereka menyokong 
pelaksanaan hudud telah mula kedengaran. 

Kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong 
hudud. Ini merupakan suara yang sama dari DAP 
yang tidak mahu sokongan Umno kepada Pas 
mengenai hudud. Mereka sedar isu ini memang 
akan menyatukan parti Melayu.

Walaupun UMNO dan PAS tidak bersatu dalam satu 
parti politik namun gabungan dari segi ideologi 
agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa 
Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan 
Raja-Raja Melayu bakal menakutkan parti Cina 
yang sememangnya rasis. 

Mereka cuba membuang identiti bahawa Islam agama 
rasmi negara, ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu 
bahasa rasmi negara.

Tambahan pula pemahaman DAP dan MCA terhadap 
perundangan Hudud Islam amat lemah sehingga 
menyebabkan mereka menolak hudud tanpa berfikir 
panjang pun. Selain dari itu juga orang Melayu 
Islam yang gagal memahami sepenuhnya hudud 
Islam juga antara punca utama kegagalan mereka 
menerangkan kepada bangsa Cina kesempurnaan 
Hudud Allah. 

Sebenarnya kita tahu bahawa hudud PAS sendiri 
tidak menepati hudud Allah yang maha sempurna.

Perlaksanaan Hudud Allah ini merupakan cabaran 
untuk umat Islam di negara kita untuk mencari jalan 
penyelesaian terbaik. Mungkin dalam pencarian ini 
maka perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu dapat 
dipulihkan. 

Dengan itu keamanan negara yang selama ini kita 
pertahankan dapat dipulihkan. Disamping itu kita 
dapat “membunuh” musuh Islam 
dan musuh Melayu pada masa yang sama.-jiwa paradox.

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka kalau MCA keluar dari BN. masa PRU yg lepas hanya cina buta dan rabun saja yg undi BN.