Thursday, 1 May 2014

GADIS SUNTI PALESTIN YANG SANGAT BERANI!!!ALLAHUAKBAR!!!

Video Keberanian Adik Ahed Menumbuk Tentera Israel


Pada 28 November lalu, seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengejutkan dunia apabila klip videonya berhadapan tentera ganas Israel tersebar dalam Youtube.
Anda saksikan sendiri bagaimana garangnya adik Ahed Tamimi, 10, yang langsung tidak menghiraukan kehadiran dengan rejim tentera Zionis di depannya.
Malah dengan tanpa rasa takut, dia mencabar anggota tersebut termasuk MENUMBUK anggota-anggota tentera Israel yang lengkap bersenjatakan rifel automatik M-16.
Paling hebat, walaupun dikejutkan dengan balingan bom asap, Ahed tak hirau malah menjadi SEMAKIN GARANG!
Disebabkan keberaniannya itu, adik Ahed disambut bagi wira sewaktu dijemput untuk ke Turki baru-baru ini.
Ketika ditanya wartawan yang mengerumuninya, Ahed dengan tegas menjawab:
” Saya tidak takut langsung dengan mereka (tentera Israel). Saya nak tunjukkan keberanian rakyat Palestin!,” katanya sambil tak putus-putus menunjukkan simbol kemenangan di jarinya.
Hebat, Allahu Akbar!