Tuesday, 6 May 2014

9 Syaitan Yang Selalu Menghasut Orang Islam!!! Syaitan Yang Mana Selalu Menghasut Kita?


Menurut orang Islam terdapat 9 jenis syaitan yang selalu mengacau orang islam daripada menjadi muslim yang baik. 

Syaitan-syaitan ini akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan durjana.

Syaitan atau Iblis

1. زلنبور ( ZALNIBUR )

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. دهّار ( DAHHAR )

Mendatangi kepada seorang mukmin didalam tidur dengan bermimpi kepada perempuan yang bukan mahramnya menjadikan mimpi itu sebagai maksiat.


3. أعور ( A'WAR )

Duduk diantara lelaki & perempuan sehingga menyebabkan zina.


4. هفاف ( HAFFAF )
Berkawan baik dengan kaki botol.
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh:disko,
kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. تمريح ( TAMREH )
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.


6. مطرش ( MATRASH )
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. داسم ( DASSIM )

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi)
.


8. ولها ( WALHAN )

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. مقلاص ( MAQLAS )

Duduk bersama orang yang kaki berjudi sehingga akan menyebabkan pergaduhan-kacamataview.

3 comments:

Xpas said...

Chief setan namanya Iblis, sgt panjang umurnya, ntah berapa ribu thn dah. Setan setan lain yg dr bangsa jin ni pun panjang panjang umurnya, ntah berapa ratus thn umurnya. Bayangkan berapa bnyk pengalamannya dlm usaha menyesatkan manusia. Klu mat rempit yg berpengalaman ratusan thn, ntah bgmn skil yg dia boleh buat, segala willi, wikang, wiwi dan ntah apa wi lg yg dia boleh buat. Gitu jugak setan setan ni, bila dah bnyk pengalaman, berbagai cara diguna bg menyesatkan manusia utk menambah bnyk kawan kawannya yg bakal menemaninya di Neraka nanti dan bg membuktikan janjinya di hadapan Allah swt Rabbul Jalil ketika penciptaan bapa pertama kita Nabi Adam a.s.
Nampak mcm sukar terselamat dr perdayaan setan setan ni, ditmbh lg dgn godaan pd nafsu, ego dan kelemahan kelemahan lain lg dlm diri, makinlah mudah manusia terpedaya, tu sbb kita tengok ramai yg dianggap ilmuan ilmuan berpengaruh dan hebat pun boleh terjebak dan terpedaya.
Imam kita sendiri, Imam Assha'ari mulanya pun terpengaruh dgn Muktazilah.
Bg saya sendiri, utk selamat dr perdayaan setan setan ni, jugak setan setan dr manusia, perlu kpd ilmu (dgn belajar) dan keikhlasan dlm beramal, berusaha atau berjuang. Kemudian perlu ada rasa tawaddhu' rendah diri rasa diri lemah dan sentiasa mohon petunjuk dan perlindungan dr Allah swt. Buangkan rasa ego, bangga diri dgn apapun kelebihan kita, rasa hebat sendiri kerana itulah yg merosakkan Iblis dahulu. Allah swt tidak zalim dan takkan membiarkan hamba hambaNya yg ikhlas beramal keranaNya, merendah diri mohon kpdNya dlm kesesatan. WaAllahu'alam.

Xpas said...

Kesesatan, kemaksiatan, kefasikan, ada di mana mana sekeliling kita, walau dlm pondok ngaji agama sekalipun. Kita sentiasa diberi dua jalan, juga diilhamkan dgn dua panduan, terpulang kpd kita sendiri membuat pilihan dgn natijahnya masing masing.
Selain itu, kita semua berdosa, besar kecil, lbh bnyk atau lbh sedikit, waAllahu'alam. Yg berketayap tidak semestinya sedikit dosanya, yg tak berketayap tak semestinya lbh bnyk dosanya. UMNO dan pimpinannya bukanlah contoh yg sempurna, begitu juga dgn PAS dan pimpinannya, juga bukan contoh yg sempurna, kerana contoh terbaik kita, Rasullullah saw dan Sahabat Sahabat AsSabiqun r.a. Baginda. segi amalannya juga segi akhlaknya. Negara dan dunia yg kita hadapi skrg tidak ideal spt yg kita harapkan, dan rasanya akan kekal begitu, mungkin utk selama hayat kita, selepas itu waAllahu'alam. Tugas kita melaksanakan apa yg diperintah Allah swt dgn panduan dr RasulNya saw semampu mampu kita. Apa yg tak terlaksana samaada kerana kelemahan upaya kita atau kerana lemahnya iman kita, bnyklah kita mohon ampunan drNya. Dan jgn kita sekali kali merendah rendahkan atau memperkecil kecilkan org org yg mungkin kita rasa lbh buruk Islam dan amalannya dr kita, sehingga kekdg menuduh kufur tanpa nas yg jelas atau hanya dgn dzan dan syak sahaja, kerana boleh merbahayakan aqidah sendiri.
Saya mengingat ttg kisah turunnya ayat 6:82 yg mulanya menjadi kebimbangan para Sahabat r.anhum. , tp menjadi kelegaan dan kegembiraan mrk dan insyaAllah kita juga dgn tafsiran Rasullullah saw dgn membacakan ayat 31:13. WaAllah'alam. Buatlah rujukan sendiri, bg yg mencari Kebenaran.

Kutukandewata said...

terima kasih saudara ku atas info yang sangat menarik dan bagus ni!semoga pembaca dapat manfaat darinya! terima kasih!