Tuesday, 1 April 2014

OTAK BANGSAT TAK KAN MENGHARGAI USAHA ORANG LAIN!!!




Malaysia menguasai misi pencarian MH370 namun segala tindakan  berdasarkan nasihat dan pandangan pakar antarabangsa,terutamanya Amerika, Britain, Perancis dan Australia.

Malaysia tidak punya kepakaran, jauh sekali pengalaman atau aset yang diperlukan untuk misi sehebat ini. 
Kita kena terima hakikat ini. Jadi tentulah mustahil Malaysia boleh menyembunyikan apa-apa maklumat kerana Malaysia memang tak ada maklumat.Semua maklumat yang ada dibekalkan oleh negara yang memiliki aset dan kepakaran yang terlibat dalam misi mencari

Dalam sejarah kemalangan udara, tidak pernah kita lihat bagaimana maklumat teknikal dibentangkan kepada umum secara terperinci sepertimana yang berlaku dalamMH370.

Selalunya, hanya maklumat yang perlu diketahui awam sahaja yang akan didedahkan. Maklumat teknikal lain dikira sebagai tidak sesuai kerana melangkaui pemahaman orangramai, kecuali yang berlatarbelakangkan bidang yang berkenaan.

Kerajaan Malaysia mengambil langkah berkongsi setiap maklumat ini termasuk cara-cara penemuan disahkan oleh pihak penyiasat antarabangsa. Rajah-rajah teknikal disertakan di dalam media bagi memudahkan pemahaman orang ramai.

 Malah, sebelum ini juga kebolehan aset yang digunakan untuk misi pencarian turut dikongsi bersama dengan seluruh dunia. Walau bagaimanapun, segala ketelusan kerajaan ini tidak dihargai oleh sesetengah pihak.

No comments: