Friday, 29 March 2013

BUDAK TOLOL JADI MERIAM PAKATAN HARAM!!!

Hisham Rais: Sandiwara Al-Lahad Datu!!!







SILA BACA PENULISAN HISHAM RAIS.
 
Cui bono, siapa untung?


Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin - Cui bono - siapa untung. Ayat ini muncul di kota Rom dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedang digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5, MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia.


Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik. 

Cui bono - siapa untung - adalah teknik dan cara untuk menjalankan siasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan ke atas Mafia pembawa dadah atau kartel dadah dari Colombia maka cui bono ini adalah ‘Al-Fatihah' pembuka surah. 
 
Semua badan risikan dan polis dalam dunia ini akan menggunakan cui bono - kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.

 
Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra. Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanya berasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untung ringgit dan dolar. 
 
 
Mahathir mengubah identitinya untuk kelentong orang Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika kita mengkaji dan melakukan siasatan maka cui bono ini adalah kunci.

 
Setelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali analisis terhadap apa saya panggil sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang berlaku semuanya adalah sandiwara. Kenapa saya berani berkata sedemikian? Jawabnya cukup senang: cui bono - siapa untung.

 
Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkan beberapa fakta lawak. Kita diberitahu satu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk ke Lahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.

 
Kemudian akhbar dan media milik United Malays National Organisation mula memuntah berita-berita lawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas. Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeera telah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milik Ketuanan Melayu.

 
Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa Ronald Reagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil Internet. Melalui sistem Internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari media Filipina dan media dunia.

 
Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca mata hitam seperti rupa Mat Daud Kilau ialah Sultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultan ini sedang menuntut hak terhadap Sabah. 
 
 
Dari media Filipina untuk pertama kalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa dalam perlembagaan Filipina, Sabah adalah sebahagian dari negara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahun kerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.
 
 
KOMEN KD:-
 
SIAPA HISHAMUDDIN RAIS NI??? PAKAR STRATEGIK KE?PAKAR SEJARAH KE???PAKAR POLITIK KE???ATAU LEBIH TEPAT LAGI PAKAR FITNAH???
 
 
APA YANG AKU TAHU HISHAMUDDIN NI MASA BELAJAR DULU DIA SIBUK IKUT NUAR BUAT GERAKAN PARA PELAJAR TUNJUK HERO BUAT HURU-HARA.
 
MASUK U BUKAN NAK CARI ILMU TAPI NAK JADI HANTU SEHARU-HARU.
 
AKU INGAT DIA NI HEBAT KALAU TENGOK CARA DIA BERPIDATO.RUPANYA HANYA PANDAI BERCAKAP TAPI TAK PANDAI NAK HANDLE APA YANG DIA CAKAP.
 
BUKTINYA KETIKA RAKAN-RAKAN NYA BERANI BUAT BERANI TANGGUNG,DIA PULAK LARI LINTANG PUKANG SAMPAI LANGGAR TIANG.
 
TUP!TUP!LARI KE LUAR NEGARA.CAKAP BERDEGAR-DEGAR PUNGGUNG BERSELEPET TAHI CIRIT.
 
BOLEH PAKAI KE CAKAP SI PENAKUT DAN PENGECUT NI.BARU NAK KENA ISA PUN DAH LARI MENCIPUT!!!
 
BELUM HUKUMAN BERAT LAGI.AKU INGAT KALAU BERLAKU APA-APA YANG TAK DIINGINI NANTI GERENTI DIA CABUT LARI LAGI KE LUAR NEGARA.
 
DIA MANA BERANI MACAM NELSON MANDELA ATAU MAHATMA GHANDI.DIA HANYA TAHU BERCAKAP AJE SEBAB OTAK DIA HANYA ADA PADA LIDAHNYA.
 
AKU BAGI CONTOH  SATU AJE YANG OTAKNYA ADA PADA LIDAH.ADA KE MENGARUT DIA NI BILA DIA KATA KERAJAAN MENYEWA SABAH DARIPADA SULTAN SULU.
 
NAMPAK SANGAT BUTA SEJARAH.BELAJARLAH DARIPADA PAKAR SEJARAH TENTANG BAYARAN KERAJAAN KEPADA SULTAN SULU TU BAYARAN APA???
 
KALAU TAK TAHU JANGAN NAK TUNJUK PANDAI NANTI ORANG AKAN DAPAT KESAN KEBODOHAN KITA.
 
APA YANG PASTI MANUSIA PENAKUT HANYA BERANI BERCAKAP TAPI TAKUT MENANGGUNG RISIKO!!!!

No comments: