Tuesday, 12 March 2013

KIRAM MISKIN TAPI KAYA.PULAK DAH???

Kiram Kata dia sultan paling miskin,tapi Siapa taja anaknya naik jet peribadi?

                             
Di kala ini, apa yang amat dikehendaki oleh keluarga Jamalul Kiram nampaknya diperolehinya, iaitu glamour dan perhatian.

Pagi Khamis, anak Jamalul Kiram, yang menggelarkan dirinya, Puteri Jacel Kiram menjejakkan kaki ke Pulau Tawi-Tawi dengan menaiki jet peribadi.

Tidak pasti jet itu ditaja oleh siapa, tapi yang pasti bukan keluarga Jamalul Kiram punya. Ini kerana Jamalul Kiram hidup pun dengan bantuan kebajikan kerajaan Filipina.

Media Filipina ABS-News melaporkan Jacel pulang ke kampung halamannya ditemani oleh selebriti Mariel Rodriguez, iaitu isteri pelakon filem Filipina Robin Padilla.

Jacel Kiram yang dikemumuni oleh wartawan kemudiannya memberitahu tujuan beliau pulang adalah untuk melihat 'kebajikan rakyatnya' selain membawa 'amanat Sultan'.

Jacel Kiram turut menemui Gabenor Pulau Tawi-Tawi Sadikul Sahali dan Naib Gabenor Ruby Sahali.

Beliau juga memohon maaf kepada wartawan selepas mengedarkan gambar salah kepada pihak media sebelum ini.

                            

                           Dari kiri Mariel Rodrigue, Nurkisa dan Jacel di rumah Azzimudin.

Dalam satu sidang media di Manila baru-baru ini, Jacel telah menunjukkan gambar mayat anggota keselamatan Malaysia yang didakwanya dibunuh oleh tentera Sulu.

Media kemudian melaporkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar tentera Thailand pada 2007 dan tiada kena mengena dengan Sabah.

Beliau seterusnya menyalahkan pihak media yang 'salah petik' dirinya berhubung kejadian tersebut.

Selain Jacel dan selebriti Filipina, Pulau Tawi-Tawi yang sebelum ini dianggap tempat 'hulu' dan jarang dikunjungi VIP turut meriah dengan kehadiran buat pertama kalinya Ketua Polis Filipina Alan Purisima.

Beliau tiba di situ pagi Khamis dan telah mengunjungi rumah ketua militan Sulu yang menceroboh Malaysia Azimuddin Kiram.

Alan Purisima bertemu dengan isteri Azimuddin Nurkisa Kiram dan mengatakan pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di situ.

                             

       'Tentera Diraja Kesultanan Sulu' mengawal rumah Azzimuddin di Pulau Tawi-Tawi

Beliau juga turut dibawa bertemu dengan sekumpulan 60 lelaki yang mendakwa diri mereka 'tentera diraja Kesultanan Sulu' di sebuah pondok kawalan.

Menurut Alan Purisima, walaupun ada 'tentera diraja Kesultanan Sulu' mengawal rumah Azimuddin, pihaknya tetap menempatkan polis bagi langkah berjaga-jaga.

Ditanya wartawan mengenai apakah pihaknya akan menangkap penceroboh Sulu jika mereka pulan ke Pulau Tawi-Tawi.

Kata Alan Purisima, jenayah yang dilakukan oleh penceroboh adalah berlaku di Malaysia dan Malaysia yang perlu mendakwa mereka.

"Saya berada di sini untuk melindungi rakyat," katanya.

Jelas beliau lagi, misi utama polis Filipina kini adalah untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di tengah-tengah kenaikan harga dan kekurangan bekalan komoditi asas di Pulau Tawi-Tawi.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menilai keperluan mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi memantau pergerakan 'tentera diraja Kesultanan Sulu'.

Selain itu, berita mengenai kemungkinan berlakunya krisis makanan di Pualu Tawi-Tawi menyebabkan warga setempat menyerbu mesin ATM sebuah bank di pekan itu.

                         
Penduduk Pulau Tawi-Tawi berebut keluar duit berikutan kebimbangan krisis makanan akan berlaku di pulau itu.

Rakaman video menunjukkan ratusan penduduk berbaris panjang menunggu giliran mengeluarkan wang dari hanya sebuah mesin ATM.

Dalam pada itu, media-media Filipina juga menyiarkan rakaman sekumpulan lagi ahli keluarga 'Kesultanan Sulu' diketuai oleh Puteri Mariam Kiram mengadakan sidang akhbar di Manila mengutuk pencerobohan di Sabah.

Mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Jamalul Kiram dan penyokongnya melakukan 'aksi stunt' masuk ke Lahad Datu tanpa berunding dengan ahli keluarga 'Kesultanan Sulu' yang lain.

Beliau kemudiannya memberitahu pihaknya berunding sesuatu yang baru dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan keluarga tersebut tanpa mendedahkan butiran terperinci.

No comments: