Wednesday 6 April 2016

HARIMAU MAHU MEMBELA NASIB LEMBU.SILAP-SILAP HARIBULAN HABIS LEMBU DIMAKANNYA!!!





Benarkah sepanjang Tun M menjadi Penasihat 
Proton tidak memiliki dan memandu kereta 
jenama Proton atau Lotus ....?

Steady la Tun Dr Mahathir. Datang ke demonstrasi anjuran pembangkang bertemakan Demo Anti GST dengan menaiki Porsche Cayenne yang berharga 
RM800 ribu. 

Sepatutnya Demo Anti GST ni lambang Rakyat 
susah tapi Tun Dr Mahathir datang dengan Porsche mahal dia tu. Rakyat datang demo naik bas, naik 
Proton dan jalan kaki. Almaklumlah orang susah la katakan.


Beliau menyeru orang ramai bahawa GST adalah 
beban dan adalah antara “sebab-sebab penderitaan” 
di kalangan rakyat kerana terpaksa membayar 
sekitar RM50 dalam GST.

Beliau pula membayar GST untuk Porscenya 
RM65,000 sudah cukup untuk membeli satu 
kereta Proton Preve baru.

Oleh kerana GST, Proton telah kehilangan satu 
jualan.

Kereta dengan nombor plat MM4 dimiliki oleh 
anaknya telah dilihat di perhimpunan tersebut 
naik sebuah kereta Mercedes AMG S63s Coupe 
berharga RM1.5 juta.

Kita fikir dan berprasangka baiklah. Kereta Proton 
Tun Dr Mahathir mungkin rosak kot. Sejak melepas
kan jawatan sebagai Pengerusi Proton, beliau seakan sudah tidak mahu memandu kereta berkenaan lagi. Walau bagaimanapun, 'steady' la Tun Dr Mahathir dengan Porsche tu. Hadiah dari anaknya kut.

Teringat kata-kata Tengku Razaleigh, "Kalau tak 
silap hanya sekali beliau (Mahathir) jejakkan kaki 
ke Felda sepanjang perkhidmatannya berbanding melawat bandar-bandar besar." 

Kalau dulu beliau tak berminat dengan orang-
orang susah, kenapa sekarang beliau begitu 
prihatin dengan GST yang kononnya menghimpit Rakyat?

No comments: