Wednesday, 27 March 2013

HUDUD UNTUK SEMUA ZAMAN!!!


Hudud Relevan Dengan Jenayah Ragut

 




Hudud Relevan Dengan Peragut

Berita peragut seringkali dipaparkan dalam media massa. Keterlaluan dan keberanian mereka sudah sampai ke tahap yang kritikal kerana sering sahaja mangsa kehilangan nyawa. 

Saya fikir dengan kritikalnya masalah ini, sudah tiba lah saat kerajaan memikirkan satu bentuk hukuman yang boleh mencegah gejala ragut.

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. 

Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 

“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Di Tanah Arab suatu ketika dahulu, jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa. 

Dengan itu, sebahagian jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Mekah kecuali untuk menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu, Hijjaz (Kerajaan Saudi) telah melaksanakan hukuman ini sehingga keamanan dapat distabilkan. 

Kejayaan menangani jenayah ini melalui pelaksanaan hukum hudud sangat mengkagumkan dan memeranjatkan banyak pihak. 

Sepanjang tempoh 24 tahun hukuman ini dijalankan hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan. Secara tersirat, Kerajaan Saudi berjaya menyelamatkan beribu-ribu tangan yang tidak berdosa.
Kekerasan hukuman ini juga hakikatnya ada rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah kerana ia menimbulkan ketakutan pada orang lain untuk melakukannya. 

Perlu difahami di sini, hukuman hudud tidak bertujuan untuk membalas dendam kepada penjenayah tetapi sebaliknya menyelamatkan bakal-bakal penjenayah dan memelihara orang ramai.

Malah kalau melihat kepada realiti kes ragut hari ini, bukan setakat hudud sahaja yang boleh dijalankan tetapi hukuman diyat juga boleh dijalankan jika mangsa ragut meninggal dunia kerana membunuh dengan tidak sengaja.
Sesungguhnya kita perlu memahami dan mengerti betapa kemuquddasan syariat Allah s.w.t yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Islam itu adil.

No comments: