Thursday, 7 March 2013

TIAN CHUAK BABI GILA YANG PERLU DITEMBAK!!!!



‘Arwah Adik Saya Bukan Anjing’: Luahan Ahli Keluarga Komando Vat 69 Yang Maut.


 

“Arwah adik saya bukan Anjing Umno, Arwah adik saya adalah Manusia. Kenapa nak politikkan perkara ini”

Demikian luahan ahli keluarga salah seorang anggota polis Komando VAT 69 yang maut dalam kejadian pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu.

Che Azni Ahmadon yang merupakan abang kepada Arwah Koperal Sabarudin B. Daud yang gugur akibat terkena serangan motar di Lahad Datu melahirkan rasa marahnya apabila ada pihak yang ‘bijak laksana bulan’ mengatakan kematian adiknya sebagai konspirasi Umno.

Sebagai seorang abang, Che Azni dilihat berang dengan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang begitu celupar mengatakan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai ’sandiwara’ politik Umno menjelang pilihanraya.

Katanya, dakwaan itu adalah satu kenyataan yang paling bodoh yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin.

“Saya ingin membetulkan kenyataan kurang ajar Tian Chua yang mengatakan arwah adik saya ni mati adalah kerana konspirasi Umno.

“Malah, ahli Dap Jonathan Lim pula buat kenyataan yang mengatakan kedua-dua arwah yang maut di Lahad Datu itu adalah Anjing Umno.

“Kalau beliau membuat kenyataan macam 2… berlaku pada keluarga beliau (Tian Chua dan Jonathan Lim) macam mana?

“Disini saya nak tegaskan adik saya mati di medan pertempuran bukannya lakonan semata-mata… saya yang mandikan arwah… saya yang kendalikan jenazah arwah jadi saya tahu macam mana perasaan keluarga…  kesedihan seorang anak kehilangan ayah… isteri kehilangan suami.. abang kehilangan adik.. ibu kehilangan anak.

“Ini bukan konspirasi Umno… saya bukan nak berpolitik tapi saya nak ceritakan kenyataan yang sebenar.

Sambil memegang surat polisi pembedahan arwah adiknya, menurut Che Azni beliau sendiri melihat mayat mangsa dan mengetahui dimana kecederaaan serta sebab Koperal Sabaruddin gugur ketika bertempur.

“Ini semua bodoh punya kenyataan… memang sangat bodoh… tak kena keluarga sendiri boleh la cakap… cuba ahli keluarga sendiri yang maut baru tahu perasaan kita macam mana… macam mana sanggup ke dengar kenyataan yang anda keluarkan itu kalau ahli keluarga anda yang maut.

“Saya cukup marah bila ada pihak kata kematian arwah adalah konspirasi kerajaan… ada yang kata anggota yang maut itu sebagai anjing umno.

“Adik saya bukan anjing… adik saya manusia… bukan main senang mereka hina bangsa melayu… kenapa sampai panggil anjing… anjing tu najis… cuba kalau kita panggil dia tu babi… nak ke.
                                                                                                                                                                                                                      Che Azni yang cukup berang dengan tindakan pemimpin serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang tidak habis-habis menghina anggota PDRM dan ATM yang berjuang menentang Tentera Sulu di Sabah tidak dapat menanggung perasaanya apabila insan yang berjuang demi tanah air dihina begitu sahaja.

Malah, beliau sendiri selaku Pesara Tentera sememangnya merasai keperitan anggota yang berjuang dimana kesemuanya sanggup berkorban meninggalkan anak dan isteri semata-mata untuk menjaga keamanan negara.

“Golongan yang banyak buat kenyataan bukan-bukan tu, kalau berani berdepan dengan saya… berdepan jumpa sendiri dengan abang arwah yang telah maut semata-mata memastikan negara kita terus aman.

“Jangan cuba mereka-cerita atau memfitnah di internet… jumpa sendiri abang dia nie… saya boleh cerita perkara sebenar… jangan nak membuat kenyataan tanpa mengetahui apa yang kami sebagai ahli keluarga rasa.

“Saya sanggup mati kerana adik saya… ini luahan hati saya.
Che Azni menambah, bayangkanlah negara sekiranya tidak mempunyai anggota keselamatan maka sukarlah untuk rakyatnya mengecapi keamanan seperti yang kita rasai sekarang.

“Masyarakat tak tahu apa yang anggota keselamatan terpaksa korbankan demi keamanan negara.

“Kita duduk rumah hidup dibuai mimpi…  senang lenang tapi mereka (anggota ATM dan PDRM) di dalam hutan menjalankan tugas meninggalkan anak isteri.

Justeru, beliau memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan berbentuk penghinaan yang boleh menguris hati ahli keluarga anggota keselamatan.

Terbaru katanya, ada pihak yang membuat fitnah mengatakan keranda yang membawa arwah adiknya adalah keranda kosong.

Perkara itu lantas, menimbulkan kemarahan seluruh ahli keluarga yang sehingga kini tidak sanggup lagi mendengar penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada mangsa setelah sanggup berkorban nyawa demi negara.

“Kami masih lagi bersedih hati atas kematian arwah tapi semakin hari semakin melampau pula kenyataan yang dbuat ke atas anggota komando yang maut.

“Saya ahli keluarga dia jadi saya tahu… saya yang uruskan jenazah arwah, saya sendiri yang mandikan arwah… saya tahu bukan keranda kosong yang saya ambil… ada sekujur tubuh yang ada dalam keranda tu

“Saya tak faham kenapa nak politikkan perkara-perkara macam ni… kematian bukanlah satu benda yang boleh kita main-mainkan… arwah masih ada ahli keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua serta ahli Dap, Jonathan Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi.

Beliau yang cukup terharu dengan semangat arwah adiknya yang begitu sayangkan negara sehingga sanggup berjuang ke titisan darah yang terakhir.

“Saya bangga mengatakan adik saya meninggal di medan pertempuran… dia wira negara menjadi sejarah kepada negara.

“Saya harap pihak polis ambil tindakan terhadap golongan yang menghina perwira-perwira negara ini,” katanya lagi.
                                                                      

No comments: