Saturday, 9 March 2013

SPESIS RAJA MENDALIAR ADA JUGA KAT FILIPINA?????



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOHcQDwcsCFngJReRbxoJUZfgtyA3Vylt3W1k_-RVuSuf0TSFgdLaAl37cO11Xe4woPQhLOTqpG4WdAmkqh37n4QIrR33sCXpM9oHBsezEtttauZkrVwdrmK0eDrIspF9QOi2Nrzf4idY/s1600/2013-03-08-17-15-00.png
ANAK SI KITUL

Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini berkata, bapa saudarannya, Azzimuddie Kiram "selamat" dan mendakwa orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, adalah di kalangan mereka yang dibunuh dalam apa yang digelarnya sebagai "keganasan maksimum" Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga telah dilaporkan berkata seorang "jeneral" di kalangan 31 penceroboh yang terbunuh dalam pertembungan pada malam Rabu, bukan Azzimuddie - putera mahkota yang mengetuai lebih 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut.


Bercakap sehari selepas Malaysia menolak saranan bapanya untuk mengadakan genjata senjata dan ketika letupan baru dan pesawat pejuang berlegar di ruang udara bandar Lahad Datu, Puteri Jacel Kiram mengulangi rayuan keluarganya supaya "institusi antarabangsa campurtangan untuk menyelesaikan perkara ini secara aman ".


Beliau juga menggesa Presiden Benigno Aquino III supaya melindungi rakyat Filipina di Sabah.




Puteri Jacel berkata, Azzimuddie bercakap kepada salah seorang saudaranya melalui telefon awal hari ini, menyatakan bahawa beliau dan kumpulannya "selamat".

 


Rayuan untuk 'toleransi maksimum'
Malaysia mengatakan bahawa pasukan keselamatannya telah membunuh sejumlah 52 orang Filipina dan kehilangan lapan anggota polis sejak pertempuran tercetus di Sabah Jumaat lepas.

Pada hari Selasa, walaupun ada  rayuan untuk "toleransi maksimum" dari kerajaan Filipina, tetapi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan besar-besaran di Kampung Tanduo di Lahad Datu di mana Azzimuddie dan kumpulannya berkubu.



Puteri Jacel berkata, laporan mengenai kemungkinan serangan baru udara hari ini bukanlah sesuatu yang baru kerana serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia tidak henti-henti, walaupun pada waktu awal pagi.


"Bukan toleransi maksimum tetapi sebaliknya mereka menguatkuasakan keganasan maksimum," katanya.

** Anak dengan bapa sama gila...
KOMEN KD:
SPESIS YANG SAMA ADA JUGA KAT FILIPINA NI YA?AKU INGAT KAT MALAYSIA AJE ADA KELUARGA GILA JENIS NI.
ANAK DENGAN BAPAK SAMA AJE.DI MALAYSIA KECOH DENGAN PELBAGAI MASALAH YANG DITIMBULKAN OLEH KELUARGA RAJA MENDALIAR NI.
TIAP-TIAP HARI RAKYAT TERPAKSA MELAYAN KERENAH DIA ORANG NI.
RENTETAN   RUSUHAN DEMI RUSUHAN,DEMONSTRASI,SEBARAN MAKLUMAT YANG TERNYATA FITNAH,DAN PELBAGAI AKTIVITI LUAR JANGKA DI GEMBLENGKAN UNTUK SATU TUJUAN IAITU KERAJAAN MESTI DICALARKAN IMEJNYA  WAIMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA SEKALIPUN.


PENYAKIT ITU SUDAH MENULAR KE FILIPINA PULA.WATAK YANG TERLIBAT PUN HAMPIR MENYAMAI WATAK DIMALAYSIA.
ANAK DAN BAPAK SAMA GILA,SAMA SPESIS DAN SAMA MATLAMAT!!!!
NASIB RAKYAT TOLAK TEPI, TUNTUTAN NAFSU 
WAJIB DIPENUHI!!!

No comments: