Wednesday, 13 March 2013

YUSOFF AL-QARADAWI MENDOAKAN KEBERKATAN DAN RAHMAT DARI ALLAH UNTUK DS NAJIB!!!

YUSOFF AL-QARADAWI BUKTIKAN NAJIB BENAR, ANWAR SALAH. WAJIB BACA!!



Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.  
Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global. 
Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. 
Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.



Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu. 
 Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.  
Malah gerombolan pembangkang sering mempropagandakan kononnya Al-Qaradawi mempunyai hubungan yang agak akrab dengan ketua Umum PKR dan amat bersimpati dengan nasib Anwar yang dikatakan telah dianiaya oleh Najib dalam isu liwat.



Tanpa disedari umum, khilaf pandangan Al-Qaradawi dalam isu liwat Anwar itu sebenarnya tercetus dari kejayaan manipulasi hubungan rapat beberapa pemimpin PAS dan PKR dengan seorang anak Al-Qaradawi. 
Dari situlah munculnya desas desus hubungan dinginnya dengan Kerajaan Malaysia. Lagi pun jika benar Al-Qaradawi berpegang teguh pada pandangan bahawa pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah konspirasi Kerajaan Malaysia, tentunya tidak sesekali ulama terkemuka itu sanggup mendoakan kebaikan untuk sebuah pemerintahan yang dikatakan zalim, bukan begitu?. 
 Selain itu, kesediaan Ketua Umum PKR itu mengambil mudah mengiktiraf aktiviti LGBT dan turut memberi sokongan terhadap kegiatan liberalisme dan pluralisme juga diketahui amat tidak disenangi Al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab.



Ternyata kebenaran sememangnya pahit bagi penyokong pembangkang. 
 Realiti sebenar langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar, sebaliknya amat tinggi pengharapan Al-Qaradawi untuk melihat Malaysia di bawah kepimpinan Najib terus memacu kebangkitan dan ketamadunan umat Islam.  
Berkemungkinan besar perubahan pandangan ulama tersohor ini bertitik tolak dari perilaku Anwar sendiri yang pernah mengikrarkan kesediaannya untuk menjaga keselamatan negara Israel, satu ikrar yang bersifat pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Doa yang dilafazkan oleh Al-Qaradawi itu cukup simbolik dan bagaikan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Kerajaan Malaysia.  
Kegelojohan Anwar mahu mendaki puncak pemerintahan telah menjerat dirinya sendiri, langkah mendekati golongan LGBT , liberalisme dan pluralisme tidak menjadikannya berada di pihak yang benar. 
Sebaliknya mendedahkan lagi dirinya di pihak yang songsang dan bersalah. Paling penting ia menunjukkan keyakinan ulama tersohor itu yang Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib sudah berada di landasan yang betul dan benar.
 


SUMBER : Isuhot.com



IBM Kata : Elok beno le korang baca artikel ini sampai habis. Baru korang boleh buat pernilian siapa Anwar sebenarnya. 
Kalau seorang ulama terkemuka dunia seperti Dr Yusof Al-Qaradawi ini telah mengetahui tembelang Anwar yang sebenarnya, bagimana korang pulak, masih nak sokong manusia yang tak bermoral ni ke? Fikir-fikirkan demi untuk agama, bangsa dan negara. Wasallam dari saya ~ IBM
KOMEN KD:-
MANUSIA YANG IKHLAS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB YANG DIAMANAHKAN ALLAH,AKAN SENTIASA DALAM LINDUNGAN ILLAHI.
RENTETAN FITNAH YANG DATANG HANYA DIBIARKAN DAN DISERAHKAN KEPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA.
INGATLAH JANJI ALLAH,AKAN DINAIKKAN KERAJAAN YANG DIA SUKA,DAN AKAN DIJATUHKAN KERAJAAN YANG DIA TIDAK SUKA.
DS NAJIB TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB YANG ALLAH SERAHKAN KEPADANYA DENGAN JAYANYA.NAMUN BARANG DIINGAT,KUDRAT DAN KEUPAYAAN MANUSIA TETAP TERBATAS.
DS NAJIB DENGAN KOMITMEN YANG TINGGI TELAH BERUSAHA SETAKAT YANG TERMAMPU.   

SETELAH ITU TERSERAHLAH KEPADA ALLAH UNTUK MENENTUKAN NASIBNYA.

TAPI INGATLAH,ALLAH MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGAMPUN.SEANDAINYA SEGALA TANGGUNG JAWAB YANG DIBERIKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA BERMAKNA AMANAH YANG DIBERI BERJAYA DI PIKUL DAN AKAN DIPERTIMBANGKAN OLEH ALLAH.
RAKYAT MALAYSIA YANG BERSYUKUR DENGAN ANUGERAH DAN REZEKI PEMBERIAN ALLAH  PASTI AKAN SENTIASA MENDOAKAN KEUTUHAN KERAJAAN DS NAJIB YANG ADIL LAGI SAKSAMA.
ORANG LUAR DAN JAUH BOLEH MENDOAKAN BELIAU,MENGAPA TIDAK KITA YANG MEMANG HIDUP DAN MATI DI SINI.
HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM!!! 

Tambah kapsyen

No comments: