Penyanyi Popular Awal 90an Pukul Suami Hingga Mati ??!!
Sedang kita dikejutkan dengan pelbagai insiden yang berlaku di Sabah, Di
kejutkan kita juga dengan berita penyanyi kerana disyaki memukul
suaminya hingga mati.
Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan
polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut
dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin
yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya
telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun
Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul
suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan
anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila
berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan
anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki
suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam
sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung
kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan
mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut
memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik
(AIM) pada tahun 1999.
No comments:
Post a Comment