Mymassa menulis.... Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara. RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya. Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila. Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal.
Tujuan Anwar
Mahu
menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85
daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57
kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan
persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR
akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP BN.
Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi. Keuntungan Bagi Nur Misuari Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak. Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja. Bagaimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan? Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar. Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamadkan perjanjian. Laporan Yang Menyokong Perjanjian
ini
Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah. Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka. Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusun perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.
Seterusnya di sini : http://musramrakunman.blogspot.com/2013/03/4-ogos-2012-mh704-anwar-terbang-ke.html
*Makin ramai blogger yang menyertai gerakan mendedahkan dalang di Lahad Datu termasuk Raja Petra. Ayuh rakan-rakan, kongsi dan sebarkan maklumat ini seluas mungkin! |
Tuesday, 26 March 2013
RPK AKHIRNYA BOCORKAN PERJANJIAN ANWAR-MISUARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment