Thursday, 28 March 2013

BLOGGER PAKATAN PEMBANGKANG YANG TERGELINCIR IMAN!!!

 

Kematian Uthman El-Muhammady Satu Rahmat Terpijak.

(dari blogsuarapakatanrakyat)

 

BACA DAN NILAI SENDIRI SETAKAT MANA PEGANGAN AGAMA PUAK NI!!!

 

uthman_mati



KEMATIAN  mengejut Felo Amat Utama Akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady malam tadi, sebetulnya  merupakan satu rahmat yang tidak dijangka untuk Pakatan Rakyat.


Di samping kurang lagi satu suara yang sering mengkritik pendekatan Pakatan Rakyat terutama dalam soal-soal berkaitan Islam, UMNO sudah pasti meratapi pemergian ini kerana sudah sah hilang satu undi pasti daripada arwah.


Sebetulnya, bukan sahaja PAS, PKR juga tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman Uthman semasa hidupnya, terutama dalam isu berkaitan pluralisme agama yang diperjuangkan parti tersebut.


Walaupun tidak bergiat cergas mahupun memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik, pandangan dan penulisan Uthman sudah diketahui umum sering mengkritik dasar Pakatan Rakyat, terutama PAS dan terlalu condong kepada perjuangan UMNO. 


Laman ini tidak langsung mempertikaikan ilmu dan pengetahuan Uthman, deretan ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang dimiliki mendiang sudah tentu mempunyai nilai tersendiri. 


Cuma yang dikesalkan semasa hidupnya, ilmu dan pengetahuan ini digunakan ke arah yang salah serta berlawanan dengan arus semasa.  


Mana tidaknya, dikala lebih ramai alim ulama terkenal negara mula mengadaptasi perkembangan semasa dalam beragama, Uthman dan segelintir orang seumpamanya, masih dengan cara lama yang ketinggalan zaman, lebih teruk dari itu, berkiblatkan UMNO pula.


Dalam banyak-banyak kenyataan dan analisa yang dibuat Uthman, yang paling menyakitkan hati kami di suarapakatanrakyat.com ialah kelantangan Uthman mengkritik ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010.


Selain memberikan secara terperinci dalil-dalil kenapa amalan pluralisme yang dianjurkan Anwar dalam ucapan tersebut perlu ditolak, Uthman pergi dengan lebih jauh lagi apabila melabelkan bakal Perdana Menteri Malaysia tersebut sebagai seorang pemimpin tidak ada akidah!!
Benar-benar melampau.





(Apa pun, kami tidak ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana amalan pluralisme agama yang dianjurkan Anwar ini telah diperakukan oleh lebih ramai para alim ulama dalam PAS. )



KOMEN KD:-

KALAU BENARLAH KENYATAAN DIATAS BAHAWA RAMAI ALIM ULAMA DALAM PAS MEMPERAKUI PLURALISME MAKA AMAT MALANG SEKALI BAGI ISLAM DI MALAYSIA INI.

ULAMA YANG DIHARAPKAN MEMPERKASAKAN ISLAM DI NEGARA BERTUAH INI DARI KALANGAN PARTI YANG MELAUNGKAN SLOGAN ISLAM PULAK TU,TELAH GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH YANG ALLAH BERI.

TERNYATALAH PAS TELAH MENYERTAI ANWAR DALAM MENGEMBANGKAN AGAMA "DIN ILLAHI"YANG DIASASKAN OLEH AKBAR AGUNG INDIA.

INILAH JENIS ULAMA YANG DINYATAKAN DALAM HADIS NABI:


 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

 
"Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat."(Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.)




Pandangan Uthman yang menyanggah amalan tersebut adalah merupakan satu pandangan ‘janggal’ di kalangan majoriti cendiakawan Islam.

Dan sekarang, setelah mati, pandangan dan pendapat mendiang yang sering bercanggah dengan logik dan perkembangan dunia semasa itu, berkubur bersamanya, 6 kaki di bawah tanah.


KOMEN KD:-

AKU TAK HERAN DENGAN ADMIN BLOG NI YANG CAKAPNYA LANGSUNG TAK TERPAKAI DALAM KONTEKS KEFAHAMAN ISLAM SEBAB KALAU DILIHAT PADA PENULISANNYA NAMPAK SANGAT ILMU ISLAM NYA KURENG!!!

MUNGKIN JUGA DIA NI KAFIR KALAU DILIHAT PADA BAHASANYA YANG TAK RETI NAK BEZAKAN ANTARA ARWAH DENGAN MENDIANG!!!

 ARWAH ULAMAK INI TINGGI ILMU PEMIKIRANNYA.TULISAN BELIAU BUKAN NAK MEMPERLEKEHKAN ORANG TETAPI NAK MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM AGAR TIDAK TERPERANGKAP KE DALAM AGAMA "DIN ILLAHI" YANG TERNYATA SESATNYA.

No comments: