HARAM UNDI PAS/PAKATAN HARAM!!!!!
Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini.
Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat
mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat
PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara
terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN
pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong
sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut.
Cuba
kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul
tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan
ulama' pondok tadi.
Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah
jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN
serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir
negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi
satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada
tahun 70-an dulu.
Nik Aziz hari ini menuntut hujah atau dalil
yang boleh digunakan di hadapan Allah SWT apabila ditanya di akhirat
kelak mengapa HARAM mengundi PAS.
Reaksi beliau ini seolah-olah
menggambarkan bahawa hanya PAS yang diredhai Allah SWT. Apakah kelak
nanti Allah SWT tidak tanya kepada penyokong PAS mengapa mereka tidak
beri undi kepada UMNO yang ternyata lebih banyak menjaga kebajikan orang
Islam selama ini?
Apakah pula yang boleh dijawab oleh umat Islam di
Palestin yang kehidupan hariannya berjihad menentang kekejaman Zionis,
tetapi mati dalam keadaan tidak mengundi PAS sebagai parti pilihan
mereka?
Inilah persoalan yang seharusnya kita lontarkan kepada
semua penyokong PAS yang jumud dan taksub. Jadi kini mereka tahulah
bagaimana perasaannya apabila parti yang mereka dukungi selama ini
diharamkan oleh orang lain.
Lebih perit, bukan UMNO yang haramkan,
tetapi golongan alim ulama' itu sendiri. Sekarang mereka hendak kata
apa? Golongan ulama' ini semua sesat? Golongan ulama' ini semua sudah
makan rasuah daripada UMNO?
Selain haram, apakah kita beroleh
pahala jika mengundi PAS pada PRU akan datang ini? Adakah Allah SWT akan
memberikan ganjaran kepada kita jika kita menyokong perjuangan parti
yang sangat assobiyah sifatnya, sehinggakan mereka boleh mempertahankan
perbuatan zina pemimpin kafir yang bersekongkol dengan mereka?
Apakah
kita semua akan mendapat keredhaan Allah SWT sekiranya kita memilih
parti yang menggadaikan nama Allah SWT itu sendiri kepada orang kafir
demi mendapatkan satu undi dan kuasa?
Tentu ramai penyokong tegar
mereka yang hilang sabar dengan kenyataan kami ini. Tetapi kami ingin
bertanya lagi, andainya skandal video seks yang didedahkan oleh trio
Datuk T itu adalah DS Najib bersama Altantuya, dan bukannya Anwar
bersama pelacur cina, adakah para pemimpin PAS beserta penyokong mereka
akan menutup perkara ini kerana tidak mahu membuka aib sesama muslim dan
mengganggap bukti tersebut sebgai "besi"?!!
Kami juga hendak tanya
andainya bukti dan foto skandal seks sesama jenis itu melibatkan
pemimpin BN, apakah mereka akan menolaknya kerana tidak mahu terlibat
dengan politik lucah?
Sedangkan video wanita mirip Rosmah menari pun sibuk diulang putar apa tah lagi kalau ada video pemimpin BN terlibat skandal seks.
Sudah tentu mereka akan kata, "Sudah
menjadi tanggungjawab kita mendedahkan kelemahan pihak lawan, kerana
mereka ini bertanding untuk menjadi pemimpin"
Betul tidak? Kerana
inilah yang berlaku kepada calon BN pada kebanyakan pilihanraya yang
lalu, malah sesetengahnya direka cipta sebegitu rupa dan disebarkan di
saat-saat akhir malam pengundian bagi mengelakkan BN sempat menjawab.
Ketika itu tidak timbul pula isu fitnah ya?
Itulah antara
rungkaian sedikit sebanyak 'jasa-jasa' PAS terhadap lawan mereka yang
seagama dan seakidah dengan mereka. Apa yang lebih menarik, perbuatan
itu semua tidak pernah mereka lakukan terhadap musuh Islam no 1 iaitu
DAP.
Walaupun satu masa dahulu PAS pernah menentang mereka. PAS ini
lebih hero menjatuhkan dan memecah belahkan sesama Islam berbanding
melawan musuh bagi mempertahankan dan menegakkan Islam itu sendiri!
Siapa
yang ingat tentang KOHILAL? Satu koperasi yang ditubuhkan PAS bagi
mengaut deposit wang daripada ahlinya sendiri atas premis kononnya untuk
menjalankan kegiatan perniagaan dan mendapatkan keuntungan. Namun apa
sudah jadi? Ke mana hilang lesapnya semua wang dilaburkan oleh ahli-ahli
mereka?
Kalau koperasi parti sendiri pun tidak mampu diurus, maka tidak
hairanlah jika kita melihat kemunduran dan kegawatan yang dihadapi oleh
Kedah dan Kelantan ketika ini. Itupun masih ada hati mahu memerintah
Malaysia.
Apa juga sudah jadi dengan wang-wang derma ceramah yang
diadakan setiap malam di seluruh negara yang dikutip daripada
orang-orang kampung dan rakyat yang susah?
Apakah pernah diaudit dan
diumumkan jumlah kutipannya? Begitulah juga halnya dengan wang tabung
Memali dan Lebuhraya Rakyat Kelantan. Ke mana perginya semua wang
tersebut?
Ada saksi yang mendedahkan kisah seorang pemimpin kanan PAS
yang bercuti dan berbelanja sakan bersama seorang janda selebriti (yang
aktif dalam parti tersebut) di London baru-baru ini.
Lebih menarik,
menurut saksi tersebut mereka terpaksa menyewa sebuah jet peribadi
ketika pulang untuk membawa semua 'hadiah' yang dibelikan untuk janda
selebriti tersebut. Apakah itu semua mampu dilakukan kerana hasil derma
ceramah mereka setiap hari? Wallahu'alam.
Jadi tanyalah diri kita
sendiri. Apakah PAS ini berbaloi untuk mendapat undi orang Islam?
Apakah tidak wujud kebenaran di sebalik fatwa ulama' pondok Kelantan
itu?
Siapa yang ingat bila kali terakhir golongan ulama' pondok
ini bangkit dan bergiat aktif dalam politik? Bukankah ketika zaman Tok
Kenali dan Tok Janggut dahulu bagi menentang kekejaman dan penindasan
British.
Apakah ini semua tidak cukup lagi menjadi tanda buat kita
semua yang perubahan dan nasib bangsa dan agama kita sendiri terletak di
tangan kita semua pada PRU ini nanti?
Pas dakwa mereka berjaya
dakwahkan DAP semenjak mereka bekerjasama lima tahun dulu. Namun, boleh
tidak sesiapa beri jawapan, mengapa DAP tidak memberikan mereka ruang
langsung walau untuk mendapat satu jawatan EXCO pun di Pulau Pinang?!!
Sumber klpos
No comments:
Post a Comment