Sunday, 24 March 2013

SIKAP PEMIMPIN PAS YANG TAKBUR!!!

Najib Tidak Layak Bercakap Tentang Hukum Hakam Sebab Dia Bukan Orang Pas !

Najib telah menggariskan 7 dosa besar yang telah dilakukan oleh PR termasuk Pas terutamanya yang melibatkan negeri Kelantan. KLiK 

Pas melenting dan siapa lagi yang paling kedepan kalau bukan orang yang merasakan dirinya layak menjadi PM baru - Mahfuz Omar. Bukan 7 perkara itu yang ingin saya komen tapi komen Mahfuz itu sendiri ! Maksud saya, apa yang ada dalam kepala beliau semasa mengeluarkan kenyataan -

TUJUH Dosa besar ? Ke SATU jer .......

"Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam."

Apakah Majlis Syura itu SAMA TARAF dengan mufti untuk mengeluarkan hukum hakam ? Siapa yang beri tauliah kepada Majlis Syura untuk keluarkan fatwa / hukum hakam ? Satu lagi, tidakkah kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau mengiktiraf kuasa mufti untuk mengeluarkan fatwa ....... jadi persoalan seterusnya - Apakah Mahfuz @ Pas akur dengan segala fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti @ Majlis Fatwa Kebangsaan ?


“... dulu kata Pas kafirkan Umno, sekarang dia pula buat, sekarang dia nak jadi tuhan pula,” SINAR

Kenapa Mahfuz melenting ni ? Ada ke Najib kafirkan Pas ? Najib cuma sebut 7 dosa besar, dia tak sebut pun Pas kafir .... kan ? kan ?

Ke Mahfuz rasa tercabar sebab ada pemimpin SELAIN dari pemimpin Pas yang berani sebut hal dosa pahala yang selama ini menjadi mata pencarian Pas ?

Pandangan yang seperti perasan bab ugama adalah hak mutlak pemimpin Pas dapat dirasai juga melalui komen2 pemimpin2 Pas yang lain -

 

Mustafa Ali -  

“Siapa bagi fatwa, mana dia (Najib) dapat fatwa macam itu, tak betul tu (tuduhannya).

“...kalau tak faham jangan cakap, kenyataan dia bukan berdasarkan ilmu,” 




Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Rani

Dalam Islam yang nak tuduh mesti ada bukti sah dan jelas.
“... siapa nak mendakwa kena ada bukti, tiada bukti jangan buat tuduhan,”



Timbalan Pesuruhjaya lll Pas Kelantan Mohd Amar Abdullah -

“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” SINAR



Kesemua mereka punya satu persamaan - Memperlekehkan sesiapa saja yang BUKAN Pas yang bercakap hal ugama..... seolah bab ugama adalah hak mutlak Pas.

Sikap yang sama pernah ditunjukkan oleh Hadi, MatSabu dan juga Mustafa Ali hujung tahun lepas semasa mereka mentertawakan Tun Mahathir yang waktu itu mencabar pemimpin Pas perjelaskan konsep keadilan Hudud yang dibawa oleh Pas


0:48 - ( Suara Mustafa Ali / Mat sabu -  Mahathir bukan reti bab ni, Mahathir bukan tahu ... ) Dia cakap pasal perubatan sudahlah hahaha .... ( KLiK untuk refresh memory )
 

 
Pemimpin2 Pas ini sedar atau tidak, dalam mereka mempertikaikan hak orang lain untuk bercakap tentang dosa pahala ( hal2 yang menyentuh agama ) rakyat yang bukan orang Pas juga mempertikaikan perkara yang SAMA tentang mereka !

Oh ya, perlu disebut juga - BUKAN pemimpin2 Pas secara individu yang layak bercakap tentang agama tapi pemimpin2 Pas yang MASIH BERADA DALAM PAS. Sebab jika Mahfuz sendiri kalau keluar dari Pas, tak terbayang bagaimana beliau akan dihentam oleh orang Pas ! Lihatlah apa dah jadi pada Hasan Ali ...

Bagi orang Pas, kelayakan seseorang pemimpin atau ulama untuk bercakap tentang agama adalah ditentukan oleh keahlian mereka dalam Pas.
Kalau Najib masuk Pas, secara otomatik beliau sudah layak memberi hukum hakam .... kan ? kan ?

1 comment:

Anonymous said...

Aku tak tuduh sebarangan, tapi Mahfuz adalah Pengkhianat Undang-Undang. Masa kes saman ekor dan isue black list terhadap semua yg gagal bayar saman, Mahfuz secara tidak berakal telah "champion" kan pemandu2 yg melakukan kesalahan had laju dan dgn sengaja menjatuhkan maruah PDRM dan JPJ dimana dua Agensi Kerajaan ini akhirnya kelihatan "orang yg bersalah" .. hanya kerana Mahfuz nak jadi HERO KAMPUNG .. CARI publisiti nak dapat sokongan terhadapnya .. Ini pemimpin yg MUNAFIK. Walhal, dua agensi kerajaan ini hanya "menjalankan undang-undang" yg dilululskan oleh Parlimen. Kalau Mahfuz lalu depan aku .. aku akan ludah muka dia. Munafik. Mentaliti Mahfuz jauh terlalu kecil jika nak dibandingkan dgn guru sekolah tadika sekali pun .. jgnkan nak dibandingkan dgn PM Malaysia ..