Monday 11 March 2013

TERIMA KASIH DATUK SERI NAJIB!!!!

Kenaikan Gaji Penjawat Awam bermula 1 Julai ini.

alt
PUTRAJAYA  11 Mac - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih DS. Kalau yg kenaikkan gajinya mmg julai, jd, bila startnya? Adakh dpt 2 kali kenaikkan then?

Kutukandewata said...

BAB NI AKU TAK BOLEH JAWAB.KENA TANYA ORANG YANG TAHULAH.TAPI KALAU IKUT HUKUM AKAL DAPAT DUA KENAIKAN LAH.SBB KALAU SATU KENAIKAN BERMAKNA TIADALAH KENAIKAN YANG DIMAKSUDKAN TADI.

TAPI AKU YAKIN SAUDARA DAPAT 2 KENAIKAN,SATU KENAIKAN TAHUNAN.KEDUA KENAIKAN YANG NAJIB ANUGERAHKAN.