GAY Atau Bisex?? Anwar Gagal Jawab Soalan Mudah.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbolak balik menyatakan
status orientasi dirinya sebenarnya sama ada ‘dia homoseksual atau
biseksual’ semasa ditemubual dalam satu sesi rakaman video bersama
penyampai radio BFM 89.9 Noelle Lim baru-baru ini.
Merujuk Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua ‘berbolak-balik’
ditakrifkan bercakap dengan tidak tetap atau berubah-ubah, berputar
belit; Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu’.
Kewajiban melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu
tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang
mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan
khalifah Allah yang melata diatas muka bumi Allah ini.
Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada
lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya
kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.
Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi
kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang
sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Sabda
Rasulullah S.A.W dalam hadisnya:
”Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling
rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil”
(Riwayat Tarmizi).
Berdasarkan bukti pada rakaman video tersebut, Anwar jelas tidak layak
menjadi pemimpin negara ini. Anwar yang selama ini dikenali serta
diketahui umum kerana kepetahannya dalam ceramahnya, dicanang antara
pemidato terbaik negara secara tiba-tiba ‘terkedu’ sehingga ‘berbelit
belit lidahnya’ menjawab satu soalan asas berbentuk dwi pilihan ‘Ya atau
Tidak’ dalam rakaman video berdurasi 10.09 minit itu.
Jika perhatikan rakaman video pada minit 06.00 hingga 08:18, jelas
memaparkan raut wajah Anwar berubah serta merta, gerakan badan serta
intonasinya cuba ‘memusing jawapan’ mengalihkan fokus serta konsentrasi
penyampai radio berkenaan.
Oleh kerana tidak mahu Anwar melalut lebih lama, buat kali keduanya
penyampai radio wanita itu terpaksa memotong percakapan beliau dan
bertanyakan jawapan ‘Ya atau Tidak’.
Anwar langsung tidak mengendahkan soalan tersebut sebaliknya menukar
topik menyebabkan penyampai radio mengulangi soalan kali ketiga dalam
nada tegas meminta Anwar menyatakan pendiriannya.
Memetik sepotong kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan
al Basri kepada Amirul Mukminin – Umar bin Abd Aziz ketika ditanya
tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam;
“Sungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah
pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah
kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang
dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya,
mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya,
melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka,
berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya".
“Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya menjaga harta dan juga
keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan
mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang
zalim tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas
golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada
orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka”.
Menyentuh aspek psikologi pula, ia adalah terlalu jelas bahawa Anwar
telah gagal untuk mengekalkan hubungan mata dengan penyampai radio
tersebut dan ada ‘kesunyian janggal’ yang diikuti oleh ‘kegagapan’
sekejap pertuturannya.
Seseorang ahli psikologi yang pakar dalam bahasa badan tingkah laku boleh
mengesahkan urutan ini sebagai tanda bagi orang-orang yang
‘terpedaya’
Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada
pada umara-rabbani. Pertamanya Islam iaitu pemimpin itu mestilah seorang
muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak
membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam.
Persoalannya sekarang apakah penganut agama Din Illahi (pluralisme) ini masih Islam.
Kedua adil iaitu sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam,
ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu.
Ia
adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak
dimuka bumiNya ini. Sebagaimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum
jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin
umat Islam.
Ciri ketiga pula, golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk
membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat
Islam didalam kehidupan seharian.
Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki
pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi, manakala
ciri keempat melaksanakan hukum Allah serta bersikap sama rata dan
terakhir sekali tidak berlaku zalim.
Rakyat harus memilih calon pemimpin negara mempunyai sifat berani,
bermaruah.
Keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan
hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut
mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai
menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan
mampu mengawal kemarahan.
Buat Anwar Ibrahim, ‘THAT’S NOT A TOUGH QUESTION AT ALL!!!!!
Sumber - Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment