Saturday, 9 March 2013

RAMAS BUKAN KERANA NAFSU.RAMAS DEMI MENYELAMATKAN NYAWA.

Meramas Payudara Boleh 

Melumpuhkan Sel Kanser?






Sedikit meramas payudara 
mungkin boleh memberikan 
manfaat bagi para wanita. 
Penelitian menunjukkan 
bahawa meramas payudara 
mampu mencegah sel kanser 
untuk tumbuh dan berkembang.

Penelitian makmal penyelidikan 
menemukan bahawa memberikan 
tekanan fizikal pada sel kanser 
mampu menekan mereka pada 
pola pertumbuhan normal.
"Selama berabad-abad orang 
telah mengetahui bahawa 
tekanan fizikal mampu 
 mempengaruhi tubuh. 
Penelitian ini juga menunjukkan 
bahawa tekanan fizikal juga 
boleh mempengaruhi 
pertumbuhan sel," ungkap 
Gautham Venugopalan, 
 ketua team peneliti di 
University of California, Berkeley.
Dalam percubaan ini peneliti 
memasukkan sel kanser 
payudara ganas pada silikon. 
Peneliti kemudian mencuba 
menekan dan meramas 
silikon berisi sel kanser ganas. 
Setelah beberapa lama, 
sel kanser yang mendapatkan 
tekanan fizikal mulai tumbuh 
secara normal dan tidak ganas lagi.
"Sel kanser ganas belum 
melupakan pertumbuhan 
yang normal dan sihat. 
Hanya diperlukan cara untuk 
mengarahkan mereka kembali 
pada pertumbuhan normal," 
ungkap Profesor Daniel Fletcher, 
seperti dilapor oleh Daily Mail.
Fletcher menjelaskan bahawa 
kegiatan meramas dan menekan 
payudara mungkin tidak 
boleh dikembangkan menjadi 
 bentuk terapi. Meski pun 
begitu penemuan ini memberikan 
petunjuk baru untuk menemukan 
molekul dan struktur sel yang 
 boleh dijadikan sasaran terapi.

No comments: