Saturday, 2 April 2016

WARDEN PENJARA SUNGAI BULOH SEDANG MENGEMASKINI BILIK .....?






Khabarnya warden-warden di penjara Sungai Buloh sedang sibuk membersih dan mengemaskini bilik kurungan. Bilik tersebut disediakan untuk 'tetamu' baru yang akan mendiami bilik tersebut setelah 6 bulan didiami oleh Khir Toyo.


'Tetamu' yang akan mendiami bilik tersebut khabarnya sedang 'bersilat' bersama dengan rakan-rakan dan sahabat handai untuk mempertahankan diri dari mendiami bilik tersebut. Jawatan yang sama dan kes yang sama. Cuma bezanya ialah yang bakal mendiami bilik itu sombong dan bongkak. 







Khir Toyo, mantan menteri Besar Selangor tidak menunjukkan rasa sombong dan bongkak ketika tuduhan dijatuhkan ke atasnya. Malah beliau selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah telah merendah diri memohon maaf.




"Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini.

Alhamdulillah ..... Khir Toyo telah dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, yang sebelum ini disabitkan pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam menjani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat telah bersetuju untuk meluluskan permohonan peguam Khir Toyo itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol untuk tinggal bersama keluarga.

Khir Toyo sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa untuk memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Pada 29 September tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Khir Toyo.

Kini orang membeli tanah dan banglo bernilai RM4.5 juta mengikut nilaian semasa dengan harga RM2.8 juta bakal menghuni bilik yang ditinggalkan oleh Khir Toyo.

Kita tunggu dan lihat apakah tindakan SPRM, hakim, peguam-peguam, mahkamah dan pihak yang berkaitan dalam mengendalikan situasi yang sama seperti kes Dr Khir Toyo.

Semasa kes Dr Khir Toyo dahulu dituduh membeli hartanah RM3.5 juta dengan harga di bawah harga pasaran semasa iaitu RM6.5 juta yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Tetapi pembeli tanah dan banglo mewah yang bakal menduduki bilik penjara Sungai Buloh awal-awal lagi sudah menyatakan tidak bersalah kerana jual beli tersebut dipersetujui bersama walaupun harga hartanah tersebut di bawah nilai harga pasaran semasa.

Dia juga kata dia beli hartanah tersebut dengan membuat pinjaman bank. Dr Khir Toyo dulu pun beli hartanah terbengkalai tersebut, bukan mencuri.

Alasan beli dengan harga murah dengan alasan tidak logik sangat menggelikan hati. Antara alasan yang diberikan olehnya dan kawan2nya adalah :

- tiada kolam renang
- tidak tahu nilai harga semasa
- suka sama suka
- dia orang biasa-biasa sahaja
- fengshui tak baik
- rumah Khir Toyo lebih cantik
- dia akauntan bukan penilai

Tapi dia memegang portfolio hal ehwal yang berkaitan dengan tanah tidak logik kalau tidak tahu tentang harga tanah dan hartanah mengikut pasaran semasa.

Kalau dia tidak tahu pun sudah tentu dia perlu merujuk kepada pihak yang ada tauliah dalam bidang penilaian hartanah yang sah.

Pembangkang sering melaungkan keadilan, ketelusan dan integriti terhadap kerajaan BN pimpinan DS Najib. Semasa kes menimpa pemimpin BN atau UMNO mereka menghenyak serapatnya dan mahu tindakan diambil.

Tetapi bila menimpa ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang semua pemimpin dan penyokongnya diam membisu. Tiada kedengaran suara-suara
 mendesak tindakan yang sama diambil terhadapnya.

Mereka hanya menjaja keburukan orang UMNO tetapi melindungi keburukan pemimpin mereka.

No comments: