Friday, 1 April 2016

PENGANTIN PEREMPUAN KEHILANGAN PENGANTIN LELAKI!!!




MEMALUKAN! Itu yang dapat 

disimpulkan selepas sebuah 

video memaparkan pergaduhan di antara 

dua keluarga bakal pengantin menjadi viral 

di media sosial.

Memetik laporan sebuah akhbar, 
insiden dipercayai tercetus apabila 
bakal pengantin lelaki ditumbuk selepas 
dia mahu beredar dari Masjid Jamek 
Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala 
Lumpur, Sabtu lalu apabila mangsa 
tidak dibenar meneruskan majlis akad 
nikah gara-gara wang hantaran 
sebanyak RM15,000 tidak cukup.

Lelaki tersebut yang bekerja 
sebagai pengawal 
keselamatan berpendapatan 
RM1,500 sebulan sebelum ini 
dikatakan telah setuju dengan jumlah 
wang hantaran RM15,000 yang 
ditetapkan keluarga perempuan 
ketika majlis merisik, Januari lalu.

“Ketika merisik pihak lelaki minta 
untuk bayar RM7,500 sebagai 
wang hantaran namun pihak 
perempuan minta RM15,000.

“Pengantin lelaki yang setuju dengan 
jumlah itu namun meminta supaya 
wang hantaran tersebut dibayar 
secara ansuran iaitu sebanyak 
RM10,000 sebelum majlis perkahwinan 
dan baki lagi RM5,000 dibayar 
selepas majlis,” kata satu sumber.

Menurut sumber itu lagi, pengantin 
lelaki sudah pun membayar 
RM10,000 secara ansuran sebelum 
majlis perkahwinan berlangsung, 
namun akibat kegagalan menyerahkan 
baki RM5,000 keluarga 
pengantin perempuan tidak 
membenarkan akad nikah diteruskan.

“Tidak setuju dengan permintaan 
itu, pengantin lelaki bersama keluarga
nya memutuskan untuk meninggal
kan majlis akad nikah sebelum 
dia ditumbuk oleh seorang ahli 
keluarga pengantin perempuan,” 
katanya lagi.

Pengawal keselamatan berusia 27 tahun 
itu dikatakan sudah bercinta dengan 
bakal pengantin perempuan, 21, sejak 
tiga tahun lalu.

Seperti yang disaksikan dalam 
rakaman video, keadaan di 
pekarangan masjid menjadi kecoh 
apabila berlaku kejadian maki hamun 
dan pergelutan antara kedua-dua 
ahli keluarga pengantin.

Keadaan hanya kian reda selepas 
seseorang dipercayai wakil 
masjid menggunakan pembesar 
suara menegur mereka semua berkali
-kali supaya berhenti bergaduh. 
Antara katanya, “masjid bukan 
tempat bergaduh, tolonglah 
bertaubat..!”



Menurut sumber lain:

Pengantin perempuan tak bersalah.
Dia dah buat loan rm15k semata 
mata nak tolong pengantin lelaki.

Bila sampai masa nak bernikah wang 
hantaran tak cukup.Pihak pengantin 
perempuan tanya kadhi tentang wang 
hantaran tak cukup. 

Pengantin lelaki naik berang.Marah-
marah dan menengking pihak 
pengantin perempuan menunjukkan 
sikap kurang ajar terus bangun dan 
keluar.

Pihak pengantin perempuan tidak puas
hati lalu abang sepupu pengantin 
perempuan mengejar pengantin lelaki 
lalu menumbuk pengantin lelaki....
itu sebenar ceritanya

No comments: