Muhyiddin, Mukhriz sudah melampau usul pecat lepas PRN Sarawak.
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terus-terusan menghentam Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran kerajaan disifatkan sudah melampau batas.
Kelantangan mereka yang juga bersekongkol dengan pembangkang juga dilihat semakin melampau dan melanggar etika sebagai ahli UMNO.
Sehubungan itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu, yang dijadualkan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.
Katanya tindakan Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah untuk bersekongkol dengan parti pembangkang sedangkan mereka masih anggota UMNO, adalah melanggar prinsip UMNO.
“Kebebasan bersuara yang diberikan UMNO kepada mereka selama ini telah disalahgunakan dan ia sudah cukup untuk membuktikan kesalahan mereka berdua,” katanya kepada media di Kuching pada Jumaat.
Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata UMNO mengamalkan demokrasi dan membenarkan anggotanya mengkritik namun, kritikan Muhyiddin dan Mukhriz telah melampaui batasan.
“Selepas pilihan raya negeri ini, kita akan adakan mesyuarat dan saya sendiri akan mengusulkan supaya kedua-dua mereka dipecat. Kita perlu ambil tindakan,” katanya.
Nazri diminta mengulas tindakan Muhyiddin, Mukhriz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri siri ceramah bertajuk ‘Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia’ di Jitra, Kedah semalam.
Ditanya mengenai tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak, beliau berkata tindakan itu wajar demi menjaga keharmonian di negeri ini.
Keharmonian di Sarawak pada masa ini perlu diteruskan untuk menjamin kemajuan ekonomi yang berterusan, katanya.
“Jika kita lihat suasana kempen pilihan raya negeri kali ini, ia dijalankan dengan begitu tenang dan bertamadun sekali tanpa kejadian tidak diingini berlaku, jadi mereka ini perlu dihalang daripada menghasut rakyat Sarawak,” katanya.
4 comments:
Demi lubuk emas waris dan kroni....yg kononnya alim jadi munafik!!!
Mgejar kuasa demi kelangsungan kekayaan dan kemewahan.
Cukup2lah perjanjian2 bodoh dan bangang dan salah guna kuasa dan wang rakyat demi waris dan kroni2.Cukup2lah Wang dibazirkan dgn pelaburan yg gagal dan bailout berbillion RM yg hangus percuma krn dlm hati dan otak mrk hanya kuasa dan kekayaan dunia.
Biar wang rakyat digunakan utk rakyat...biar yg diberi kuasa bertuankan rakyat dan bukan rakyat bertuankan legasi 22 tahun.
Hentikan segala fitnah korang selagi msh mampu bernafas...jangan jadi munafik!!!!!
Bukanknya kudis sebab kudis tu masih boleh diubat. Yang perlu dibuang adalah barah yg akan membawa maut. Berbilioan duit lesap pun masih nak simpan làgi.
Saya nak buka bisnes mcm 1mdb tau,sbb ada ilmu2 yg amat ajaib untk untung.Harap Pm dpt buka kolej 1mdb.Mesti ramai yg nak masuk.
Bagus mintak tlg mahdey..
Klu rugi billion2...dia akan tolong bailout...sesen pon takyah bayar...
Tak apa...wang rakyat...
Klu nak buat lebuhraya...ikut jer perjanjian bodo dan bangang mahdey...sama2 dpt untung krn tol gerenti naik...lagipun klu naik tinggi...kerajaan kasi subsidi
Tak apa...wang rakyat...
Post a Comment