Kerana Hasutan Pembangkang, Anak Murid Memaki Hamun Guru Sendiri.
PEMBANGKANG mengajar manusia menjadi biadap?! Begitulah yang boleh disoalkan setelah sekian lama melihat dari dekat gerak geri dan segala propaganda parti pembangkang, khususnya DAP, PKR dan PAN yang cuba didoktrinisasi keatas para penyokong mereka.
Mungkin bagi mereka, adab dan tatasusila ketimuran yang diamalkan oleh rakyat Malaysia selama ini tidak begitu penting berbanding hasrat mereka mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh lebih besar dari menjaga dan mengamalkan budaya-budaya murni berkenaan?.
Lihat sahaja semasa Himpunan BERSIH 4.0 dahulu, para penyokongnya bertindak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook telah sanggup mencerca, memaki hamun dan menghembur kata-kata tidak baik kepada gurunya sendiri.
Hanya kerana mahu menegakkan ideologinya mahu membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pemilik akaun Facebook berkenaan seperti ‘lupa diri’ bahawa dia pernah menerima didikan dari gurunya tersebut.
Dalam ruangan komen, sebuah akaun Facebook bernama ‘Shah Faizal Nadzir’ yang dipercayai guru kepada lelaki berkenaan telah memberi pencerahan mengenai keperluan pihak kerajaan melaksanakan GST, khususnya untuk membendung penipuan para peniaga yang tidak bertanggungjawab selama ini.
Namun malangnya, pemilik akaun Facebook yang dipercayai penyokong kuat pembangkang itu telah membalas komen pencerahan gurunya tersebut dengan bahasa yang amat kesat dan menganggap guru berkenaan sebagai ‘penjilat Najib Razak dan BN’.
“Kau dan aku manusia biasa, takda beza.. Kau cikgu, makan gaji boleh la cerita lebat.. Salah consultant pulak dah, kerajaan BN bangang yang perkenalkan cukai GST bangsat…,” antara kata-kata kesat yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook berkenaan yang ditujukan kepada gurunya.
Namun demikian, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ‘Fathi Ruhullah’ itu kerana dianggap terlalu biadap dan keterlaluan.
Dipercayai, pemilik akaun Facebook berkenaan turut menyertai demonstrasi Bantah GST yang dianjurkan oleh parti pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 April lalu.
Sebagai seorang anak murid atau bekas anak murid, tidak seharusnya dia berkelakuan demikian terhadap gurunya itu. Tidakkah dia sedar, tanpa guru yang mengajarnya di bilik darjah, dia tidak akan mampu menjadi rakyat yang berilmu.
— Tv14
— Tv14
2 comments:
Dulu mahdey nak perkenalkan gst...kena salak kroni..tak jadi
Sama dgn sundal gay liwat...beria2 nak jalankan gst..kena salak peniaga cina..senyap.
Dpd 197 buah negara di dunia...tak sampai 10 buah yg tak mengamalkan gst.
Dan tak semua brg kena gst.
Dah tak dengar kes kekurangan brg sebab semua ada dlm sistem kpdnk dan lhdn.Senang jer kita nak lihat sapa yg sengaja stok/catu barangan.
Yang dah sekian lama menipu pihak lhdn dah tak kurang dpd dulu.Sistem dh tahu brapa perolehan mrk sebenar kecuali mrk jual barangan seludup.
Kena ingat...dulu pembangkang minta kerajaan tiru cara sistem percukaian singapura(gst) krn lebih telus dan berkesan.Tapi kenapa mrk pulak yg meroyan...
Akhir sekali...tak semua brgn kena gst.
terima kaish atas pencerahan ini.
Post a Comment