Tuesday, 5 April 2016

ISLAM MENGIKTIRAF PEMERINTAHAN BERAJA!!!




Bukankah sebelum ini telah Allah khabarkan 
bahawa Kerajaan Yahudi itu diwariskan kepada 
Daud dan kemudian Sulaiman.

Begitu juga Nabi masih meneruskan di beberapa 
negara yang tunduk kepadanya untuk terus di 
tadbir oleh para raja.

Malah Nabi bersabda bahawa setelah khalifah 
berlalu 30 tahun maka pemerintahan akan 
dikuasai oleh para Raja.

Dan harus sedar bahawa setelah Kewafatan Ali, 
cucu banginda mengambil alih kepimpinan 
sebelum diserahkan kepada adik ipar Rasulullah 
saw. 

Seterusnya Hussein ingin mengambil semula 
jawatan dari Bani Umawiyah tetapi diingatkan 
oleh kaum kerabat Nabi yang lain akan sabda 
Rasul: 

"Ahlil Bait tidak akan lagi memegang kekhalifahan 
sampai akhir zaman".

Lantas perhatikan lah tentang sebuah kalimat:

"Sultan adalah naungan Allah di Bumi. Sesiapa 
yang menghinakannya maka Allah akan menghina
nya. Sesiapa yang memuliakannya maka Allah 
akan memuliakannya" (HR Al Baihaqi)

Apakah kalimat ini terpacul dari mulut lelaki gila 
seperti pengikut akidah khawarij sekarang atau 
diungkapkan oleh Kekasih Ilahi?

Lantas apa yang ingin kita bicarakan kepada 
Nabi tatkala Nabi menyuruh kita memuliakan 
sultan?

Juga apakah kita cuba mengingkari bahawa 
Allah yang menghidupkan dan mematikan, 
menjadikan siang dan menutupnya dengan 
tirai malam.

Hatta naik dan jatuh nya sebuah pemerintahan 
adalah di bawah ilmu Allah dan ketentuan dari 
Nya.

Lantas Ibnu Qayyim menulis dalam Ad Daa' 
wad Dawaa':

"Dari Malik bin Dinar, dia berkata: Aku pernah 
membaca di dalam satu riwayat bahawasanya 
Allah berfirman: 

'Aku adalah Allah yang Menguasai para Raja. 
Dan hati mereka berada di tangan Ku. Jika 
mereka mentaati ku maka Aku jadikan mereka 
sebagai rahmat. Namun apabila mereka durhaka 
kepadaKu maka Aku jadikan mereka sebagai 
azab. Justeru janganlah kalian menyebokkan 
diri dengan mencaci para Raja. 
Tetapi bertaubatlah kepadaKu. Nescaya Aku 
akan jadikan mereka mengasihi kalian".

Tak ada pun sistem syura yang di tekankan! 
Kalau ditekankan dah tentu bani Umayah,
Abassiyah,Fatimiah dan Ottomaniyah tak 
boleh menguasai satu pertiga dunia ni! 

Janganlah kita ekstrime sangat dalam bab 
pemerintahan negara!Ada rujukannya dari
kitab hadis dan al Quran. 

Mempersoalkan segala hal adalah kerja 
orang yang berfahaman wahabi dan syiah. 
Apa-apa sistem pun boleh dipakai! Cuma 
islam perlulah jadi garis panduan! 

Pemerintah yang buat baik akan dapat dua 
ganjaran,Buat jahat pun dapat dua ganjaran! 
Kita rakyat hanya dapat satu! 

Tak perlulah risau kalau pemerintah itu buat 
apa saja! Sebab yang dipertanggungjawab
kan di akhirat nanti adalah pemerintah itu 
sendiri.

Sebab tu yang awal-awal masuk syurga atau 
neraka adalah pemerintah! Kita sebagai 
rakyat beruntung kerana kita tidak di 
pertanggungjawabkan di akhirat nanti
tentang urusan pemerintah! Pemerintah 
yang tanggung!



Hadith-hadith Nabi;

"Barangsiapa memisahkan diri dari pemerintah 
walau sejengkal saja lalu ia mati, maka matinya 
adalah mati jahiliyah."
"Siapa yang taat padaku,bererti taat pada Allah,
dan siapa yang melanggar padaku bererti 
melanggar pada Allah. Dan siapa yang taat 
pada pimpinan(Pemerintah)nya bererti taat 
padaku,dan siapa maksiat kepada pimpinan
(Pemerintah)nya bererti maksiat padaku.' "

"Siapa yang membenci sesuatu dari Pemerintah
nya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa 
yang keluar dari Pemerintahnya walau sekedar 
satu(1) jengkal,kemudian ia mati,mati dalam 
JAHILIYAH.'

Nabi dah pesan jangan memerangi pemerintah 
selagi dia bersolat! Hosni Mubarak masih 
bersolat tapi dihina dan dijatuhkan secara 
yang memalukan! 

Bila ikhwanul memerintah ada pulak yang nak 
jatuhkan Morsi!Akhirnya Morsi jatuh.Nasib 
Hosni menimpa Morsi pula! 

Mesir terus bergelora! Angkara melupakan 
pesan Nabi! Mereka zalim pada diri sendiri 
dan orang lain! 

Allah dan pesan,orang zalim akan didatangi 
oleh orang yang jauh lebih zalim! Hakikatnya 
Mesir sekarang dibawah cengkaman yang 
maha zalim,Firaun moden! 

Pesan Nabi dan Allah jangan sesekali diabaikan!!!!

No comments: