Saturday 16 April 2016

Mahathir Termalu Dan Terkedu Di Pentas Pembangkang



SHAH ALAM – Seorang lelaki yang merupakan peserta 

forum anjuran Pakatan Harapan berang semasa mengaju
kan soalan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Menyalahkan Tun Mahathir tentang polisi kerajaan yang diguna pakai Umno pada zaman pemerintahan negarawan 

itu, lelaki itu turut menyindir polisi itu masih lagi digunakan olehPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 
hari ini.

Tidak menepati jawapan daripada soalan itu bagaimana

pun, Tun Mahathir mengakui dirinya merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, sudah menjangka bakal dihentam oleh penyokong dalam kalangan parti pembangkang.

“Saya adalah manusia biasa tak sunyi dari kesilapan.

“Saya tahu saya datang sini mesti kena hentam. Ada banyak benda saya nak cakap saya tak kata, kerana takut ada yang 

tak seronok,”katanya di forum bertajuk Najib Bersubahat 
atau Tidak Bersalah, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk mendapatkan sokongan ramai perlu mengecilkan matlamat perjuangan supaya dapat diterima semua pihak.

“Nak dapatkan sokongan ramai kita kena perkecilkan matlamat atau perjuangan kita pada yang boleh diterima 

oleh semua dengan itu kita akan berjaya. Kalau nak ini 
nak itu kita akan gagal,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir berkempen bagi deklarasi 

rakyat dan forum kali ini merupakan yang ketiga 
dihadirinya selepas turun dalam perhimpunan mengguling
kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua minggu lalu.

Dedahkan diri sendiri kepada peluang untuk di'tembak '. 
Jadi natijahnya dia di tembak oleh pasukan sendiri. 
Macam dalam peranglah adakala nya tertembak atau 
sengaja menembak pasukan sendiri atas alasan friendly 
fire.

Yang datang dalam gambar ni majoritinya kaum china. 
Nampak cina je yang ramai....mereka memanglah suka 
melayu kutuk melayu....

Melayu aje yang bodoh. Konon nak dapatkan sokongan, 
hentam bangsa sendiri. Cina tak kisah. Yang jatuh 
nanti bukan bangsa dia pun. Melayu aje yang tak reti-reti 
nak cerdik.


No comments: