Friday 15 April 2016

Khairuddin Gagal Dalam Permohonan Batalkan Pertuduhan!!!













Gajah lawan gajah.


Dubuk mati di tengah-tengah.

Buta perlembagaan negara.


Bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara yang dihadapinya.
Ini berikutan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Khairuddin itu.
Nordin dalam alasan penghakimannya berkata asas yang dikemukakan oleh Khairuddin adalah Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kuasa yang sah sebagai peguam negara ketika dia didakwa pada 12 Oktober 2015.
"Bagaimanapun, mahkamah ini tidak ada bidang kuasa untuk menentukan kesahan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara kerana pelantikan tersebut adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri," katanya.
Beliau berkata pelantikan itu termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan ia adalah kuasa yang tidak boleh dipersoalkan atau diadili oleh mahkamah.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak terhadap bantahan awal pendakwaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas berhujah bahawa Khairuddin telah menyalahgunakan proses mahkamah apabila memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya atas alasan pelantikan peguam negara selaku pendakwa raya adalah tidak sah, sedangkan pelantikan itu bukan bidang kuasa mahkamah.
Katanya permohonan itu bukan suatu perkara yang boleh diadili oleh mahkamah dan bersifat pramatang kerana terdapat rayuan oleh pendakwa terhadap kes Khairuddin yang belum didengar.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin berkata notis usul yang dikemukakan adalah berhubung kesahihan pertuduhan terhadap pemohon yang sepatutnya dikemukakan oleh seorang peguam negara yang sah.
Beliau berkata Mohamed Apandi tidak mempunyai kuasa yang sah sebagai peguam negara ketika anak guamnya didakwa pada 12 Oktober 2015.
Khairuddin dalam permohonannya, memohon perintah mahkamah supaya pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dibatalkan dengan serta-merta atas alasan ia dikemukakan tanpa mana-mana kuasa pendakwaan yang sah oleh peguam negara menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Khairuddin juga memohon beliau dilepaskan serta-merta daripada pertuduhan itu selain memohon lain-lain perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Pada 12 Oktober 2015, Khairuddin, 54, dihadapkan di mahkamah bersama-sama peguam Matthias Chang Wen Chieh, 66, atas dakwaan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong; dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.
Pada 18 November 2015, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), dan membebaskan Khairuddin serta Chang masing-masing dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin serta memerintahkan kes itu didengar di Mahkamah Sesyen.
- Bernama

No comments: