DEMONSTRASI Bantah GST yang diadakan
pada 2 April 2016 di Dataran Merdeka Kuala
Lumpur penuh dengan ‘lakon layar’ masing-
masing.
Parti Amanah Nasional (PAN) menganjurkan
nya untuk mengajak rakyat untuk menentang
dan membantah sistem Cukai Barang dan
Perkhidmatan atau GST.
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar
mahukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamed pula berucap hanya mahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun
dari jawatannya.
Masing-masing ada agenda tersendiri yang
mereka perjuangkan, namun hadirin pula
adalah orang yang sama.
Sebelum itu, seorang pemimpin tertinggi PKR,
Dr Badrul Amin Baharon telah mendoakan
kehancuran kepada ‘Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’.
Dia juga telah mendoakan agar Allah menjatuhkan
hukuman terhadap orang yang mula-mula
menyebabkan Anwar Ibrahim ke penjara.
Persoalannya, siapakah yang terkenal dengan
gelaran ‘Mahafiraun’ dan ‘Mahazalim’ tersebut?
Dan siapa pula yang telah menyebabkan Anwar
Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara?
Rasanya semua sudah sedia maklum, orang
berkenaan tidak lain tidak bukan adalah Dr
Mahathir, Perdana Menteri ke empat. Jangan
salahkan penulis atau Umno, kerana yang
memberi gelaran berkenaan adalah Pengerusi
PAN sekarang iaitu Mohamad Sabu.
Bukankah Mohamad Sabu turut berada dalam
demo berkenaan? Maka dia harus mengakuinya.
Lebih jelek lagi, adakah Dr Mahathir turut
mengaminkan doa yang dibaca oleh Dr Badrul
Amin berkenaan?
Kerana difahamkan, Dr Mahathir juga sedang
berada di situ semasa demo.
Apapun, ia jelas kelihatan bahawa PKR masih
belum mampu memaafkan segala salah dan silap
Dr Mahathir selama ini.
Mungkin DAP dan PAN sahaja yang sudah mula
untuk berjinak-jinak dengan bekas Presiden
Umno berkenaan kerana mudah untuk
‘dipergunakan’.-1Malaysia.
Dalam perjuangan yang konon 'Selamat
Malaysia' pun mereka masih tidak sehaluan
bagaimana untuk selamatkan negara..???
Sebenarnya perjuangan pembangkang hanya
untuk 'selamatkan' Anwar Ibrahim dari hukuman
undang-undang negara .... orang yang terdesak
saja yang akan terpengaruh dengan agenda jahat
pembangkang....
No comments:
Post a Comment