Kalau korang dah kene lenyek sampai macam ni ..... masih nak sombong lagi ke?
Kalau sudah dipijak, dilenyek, diludah, sudah disepak, sudah dikencing dan sudah diberak atas kepala masih nak sombong dengan UMNO lagi ke. Siapa sebenarnya Presiden PAS? Hadi Awang atau Tuan Ibrahim aka Musang berjanggut?
Suara Musang berjanggut adalah suara PAS atau suara presiden PAN?
Kini PAS disisihkan, dipulau dan dihalau oleh regim Pakatan Rakyat. Mereka bersendirian dan nak tubuhkan pakatan baru bersama Ikatan. Ikatan tu besar mana? Besar lidi atau besar balak 60 tahun?
Untuk apa sebenarnya PAS nak bersama Ikatan? Untuk pecahkan undi Melayu Islamkah? Untuk membuktikan dengan regim Pakatan harapan bahawa PAS masih gagah? Atau PAS bersikap ego dan angkuh ibarat 'ular lidi nak jadi naga'.
Alangkah baiknya menyahut seruan Allah supaya umat Islam bersatu padu, menyahut salam yang dihulur oleh DS Najib dan merapatkan silaturrahim sesama umat Islam. sejarah yang lalu biarlah berlalu. Hari ini zaman DS Najib yang terbuka dan ikhlas menghulur salam perpaduan. UMNO tidak terdesak kerana kerusi UMNO bertambah selepas PRU13 sebaliknya kini kerusi PAS semakin berkurangan.
Apakah PAS mampu mengekalkan kerusi2 yang menang nyawa2 ikan apabila PAN turut serta bertanding 3 penjuru kelak. Kalau dulu menang majoriti 20 - 30%, masih boleh kekalkah dengan undi dahulu. Adakah PAN tidak mempunyai bilangan penyokong 20 - 30%?
Buanglah keangkuhan dan keegoan diri. Sejarah hitam dahulu biarlah berlalu. Tak perlulah nak berdegar2 bercerita tentang hudud dan pejuang Islam kalau seruan Allah supaya umat Islam bersatu padu tidak mahu patuhi.
No comments:
Post a Comment