Friday, 1 April 2016
CARI SALAH TAK JUMPA MAKA FITNAHLAH YANG TERCIPTA!!!
Berikut merupakan kupasan Penceramah Agama, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di sebalik tuduhan yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak : –
Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.
Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat daripada sudut persepsi serantau.
Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yang sedang berlegar daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yang sedang berlaku.
Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yang lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya.
Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel.
Najib juga menjadi Perdana Menteri Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yang berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.
Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.
Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.
Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.
Wujud konflik agama dan pemberontakan,, Kuala
Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu dia buat perkara yang sama.
Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan Thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.
Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.
Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan daripada pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib di kalangan pimpinan PAS).
Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yang mahu Anwar jadi Perdana Menteri), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.
Baik, daripada sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan Najib, melihat kepada sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?
Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.
Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bahawa kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yang segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.
Mungkin Najib bukanlah Perdana Menteri yang terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam daripada diserang daripada segala sudut yang akhirnya akan merugikan kita.
Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yang membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yang terakhir itu.
Saudara-saudara mungkin boleh bersetuju atau tidak dengan pandangan kami namun gunakan rasionalisme dalam membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yang akhirnya akan merugikan kita semua.
Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Pemimpin yg baik mmg akan diserang dgn fitnah dari setiap sudut.
Yang takut difitnah dan dikritik akan jadi diktator utk menjaga kepentingan dan kuasa.
Hari ini kita seharusnya amat bersyukur kerana Allah amat sayangkan kita lagi. Selepas lama hidup dlm momokan, kita akhirnya dikuniakanNYA dua PM yg berpekerti & berakhlak mulia. Yg sedar adanya pemimpin itu kerana adanya rakyat. K/tangan awam & pesara lebih terbela, yg da'if dibiaya, yg miskin dibantu, yg tiada rumah dibuatkan, yg tidak kecukupan diberi subsidi, yg kesempitan diberi elaun.
Jgn terikut2 dgn fitnah kafirun & munafikun kerana kita tidak mendapat apa2 melainkan dirosakkannya semula.
Pemimpin yg baik?,!!!...hmmm...ciri2 isteri pemimpin yg baik??!!!..hmm...
http://cursingmalay.blogspot.my/2015/12/cerpen-najib-tidak-layak-memimpin.html
Takkanlah pemimpin yang baik ada RM4 bilion dalam akaun peribadi. Fitnah? Dah bertahun tak juga saman2 pemfitnah tu kan adohooi...
Post a Comment