SEKSOLOGI - Menggoda di Mata Suami
Bimbang suami memandang wanita lain yang
lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat
apa saja untuk menarik perhatian suami kepada
diri mereka.
Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit
untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan
badan.
Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan
ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan
dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan
cantik dan menggoda di mata suami.
Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil
menarik dan berahi di pandangan suami, isteri
hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh
badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda
lakukan.
Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh.
Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah.
Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan
menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar
menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan
halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke
bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan
berbau harum ada kalanya mampu mengundang
nafsu suami.
Bibir Merah Menggoda
Bibir munggil sememangnya tarikan mata lelaki.
Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir
sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini
sebagai tarikan suami.
Rias gincu merah ketika anda mendampinginya,
lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di
hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.
Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan
putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya
maka belajarlah mengenakan losen. Dalam
pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini
di hadapan suami.
Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki
sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih
erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan
dalam filem.
Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan
pandangan yang menggiurkan. Pakailah
baju tidur yang jarang dari kain yang lembut
halus seperti sutera.
Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya
menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan
membangkitkan nafsu suami.
Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik
ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut.
Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau
anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik
dan seksi untuk tontonannya.
Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju
tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami.
Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan
keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di
malam hari.
Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita
yang dianggap seksi oleh lelaki, organ
kewanitaan adalah bahagian yang paling
seksi.
Oleh itu para isteri disarankan menjaganya
dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak
berbau dan terhindar dari sebarang penyakit
kelamin.
Jangan biar suami mengadu apa-apa
perkara tentang organ intim ini.
No comments:
Post a Comment