Friday 1 April 2016

ANAK MURID BERGELIGA CIKGU MURNI PENING KEPALA!!!



Seorang guru, Cikgu Murni yang berumur 22 tahun menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut: "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di Darjah 4,
 kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama."

Cikgu Murni sudah tidak tertahan dengan karenah Abu kemudian dia membawa Abu ke pejabat Pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni menerangkan keadaan tersebut kepada Pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan memberikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di Darjah 3 dan haruslah berkelakuan baik. Abu dibawa ke pejabat Pengetua dan Abu bersetuju untuk mengambil ujian tersebut.

Pengetua : Apa 3 x 3?
Abu :9
Pengetua : Apa 6 x 6?
Abu : 36

Pengetua terus bertanyakan soalah2 berdasarkan tahap UPSR dan Abu mampu menjawab setiap soalan dengan betul. Pengetua memandang Cikgu Murni lalu berkata , "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di Darjah 6."

Tiba-tiba Cikgu Murni mencelah, " Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?" Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu : (berfikir) Kaki

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tetapi tidak pada seluar saya.
Abu: Saku

Cikgu Murni : Apa yang bermula dengan huruf "K" berakhir dengan huruf "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu : Kelapa

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink' bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, Abu terus menjawab,

"Gula-gula getah (bubblegum)"

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk, anjing secara tiga kaki?"

Mata Pengetua sekali lagi terbuka seluasnya dan belum sempat dia menahan, Abu menjawab,

"Bersalaman."

Cikgu Murni : baik, sekarang saya ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu : Baik Cikgu.

Cikgu Murni : Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu : Khemah.

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapatkan saya dahulu.

Pengetua semakin kurang selesa lalu meneguk Nescafe 3 dalam 1.

Abu : Cincin perkahwinan

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit, saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, saya berasa lega.

Pengetua terasa amat resah dan ingin membantah tetapi Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu : Anak panah

Cikgu Murni : Sekarang saya ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu : Okay


Cikgu Murni : What word starts with 'F' ends with 'K' & if you don't get it you have to use your hand.
Abu : Fork

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It's longer on some men than to others, then pope does not use his, and a man gives to his wife after they get married?
Abu : Surname

Cikgu Murni : Which part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu : heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan si Abu lantas berkata, "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah."

No comments: