Wednesday, 13 April 2016

DR ZAKIR NAIK BAKAL DIGELAR PEMAKAN DEDAK DAN MACAI HANYA KERANA MENYATAKAN YANG BENAR!!!






Tindakan seorang pelajar perubatan yang mengemukakan soalan berbentuk provokasi kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, dilihat seolah-olah bertujuan untuk memburukkan kerajaan. 

Dr zakir mengadakan kuliah bertajuk `Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam’, pada Program Syarahan Umum Bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak kelmarin.

Dr Zakir telah menjawab soalan tersebut dengan penuh hikmah sambil menyedarkan pelajar tersebut betapa beruntungnya mereka menjadi pelajar di Malaysia yang mendapat subsidi daripada kerajaan, lebih daripada 90% daripada kos pengajian mereka.
Yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat murah jika dibandingkan dengan negara lain di dunia ini, jawab Dr Zakir kepada seorang pelajar perubatan di sini semalam. Menurut beliau lagi, kebiasaannya untuk melatih pelajar perubatan memerlukan perbelanjaan ratusan ribu ringgit.

Walaupun kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan pun, kos yang terpaksa ditanggung oleh pelajar masih lagi tinggi.

Namun berlainan dengan Malaysia yang menjalankan dasar kuota sokongan kerajaan yang begitu tinggi untuk pelajar sehingga mereka menikmati subsidi lebih daripada 90% kos pembelajaran. Pelajar perlu tahu bahawa ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti sekiranya mereka tidak mendapat merit yang disyaratkan.

Sebagai contoh, jika mereka tidak mendapat markah yang diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya maka mereka perlu menanggung caj kapasiti. Oleh itu, masalah tersebut berpunca dari diri mereka sendiri, bukannya kerajaan.

Malahan Dr Zakir mencabar pelajar tersebut untuk menamakan mana-mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dollar.

“Saya cabar awak untuk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dollar,” katanya kepada pelajar tersebut.

Dr Zakir turut menasihati pelajar berkenaan agar tidak menyalahkan kerajaan kerana mengenakan caj yang masih ditahap paling murah di dunia.

Sejak kelmarin viral di media sosial kenyataan netizen yang mengutuk tindakan pelajar perubatan tersebut:
---------

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, “Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.”

Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).

Dr Zakir pun tanya balik, “Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?”. Student tu pun jawab, “RM3600 setahun”. Terkejut Dr Zakir.

Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100 ribu. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi ambik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. 

Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh minta kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan-kawannya sekali. “But please dont blame your government,” katanya.

Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, akhirnya diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok-elok otak tu cerdik, terus jadi bangang.
Tonton Zakir Naik Terengganu Tour: Pelajar Perubatan Termalu Dengan Soalan Provokasi: https://youtu.be/cqqyXEUgdNY
---------

Kita sedar bahawa pembangkang sering meracuni minda para pelajar di pusat pengajian tinggi sehinggakan mereka gagal melihat kebaikan yang dihulurkan oleh kerajaan. 

Nampaknya kedatangan Dr Zakir Naik ini turut memberi kesedaran kepada beberapa pihak yang tidak pernah tahu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kita. 

Dan yang paling penting, pelajar perubatan ini “disekolahkan” oleh Dr Zakir berkenaan subsidi pelajaran sebanyak 90% yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

No comments: