Tuesday, 12 April 2016

3 M MUHASSABAH DIRI LAH!!!



Diharapkan penyokong TSM dan Tun M baca dan fahami 
pencerahan ini.


Orang-orang saperti burung "Anina Saadudin" tiung  patut belajar dan fahami tentang agama daripada membuat dan menyebar fitnah. 


Kalau muslim,dia faham hukum menyebar atau membuat fitnah. 


Muhassabah diri la sebelum menjadi parah akidah kalian.




كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يُسمى خارجياً سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان


“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh 
rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). 

Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat 
masih hidup kepada para pemimpin yang 
lurus, atau setelah masa mereka iaitu 
kepada para tabi’in yang sentiasa 
mengikuti pendahulu mereka dengan 
baik, serta para pemimpin di setiap 
zaman.” 
(al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)


Hadis Nabi SAW:

1. “Barangsiapa yang ingin menasihati 
pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbukasebaliknya hendaklah 
dia mengambil tangannya (pemerintah itu) 
dan (menasihatnya secara) tertutup; sekiranya 
dia menerimanya maka itu yang diinginkan 
dan jika tidak, maka dia telah 
menunaikan tanggungjawabnya. 

(Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)
2. Demonstrasi yang dilakukan dengan tujuan 
untuk mengubah ketetapan sesebuah negara 
Islam yang diperintah oleh pemerintah yang 
juga Islam bercanggah dengan hadis-hadis 
yang begitu banyak sehingga mencapai darjat 
mutawatir yang menuntut supaya taat serta 
bersabar terhadap pemerintah walaupun 
mereka zalim.
Hadis Nabi SAW:

Engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah 
walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu.
3. Peristiwa pertama yang mirip kepada 
Demonstrasi dalam Sejarah Islam telah 
dilakukan oleh mereka yang berkumpul di 
sekeliling rumah Sayyidina Othman 
radhiyallahu ‘anhu yang mana kesudahannya 
telah berakhir dengan pembunuhan beliau 
dan timbulnya fitnah yang besar di kalangan 
Umat Islam sehingga mengakibatkan berlakunya peperangan Jamal (36H) dan 
Siffin (36H) yang mengorbankan ribuan 
Umat Islam.

No comments: