Selewat-lewatnya Oktober 2016 Pakjib akan letak jawatan.
Itupun kalau Sarawak masih sempat diselamatkan. Kalau
Sarawak masih dipegang BN, Pakjib ada peluang untuk buat
permintaan terakhir. Itu sahaja. Stop must be stop.
Its enough.
Orang politik tak buat permintaan terakhir begitu sahaja
depan publik. Kalau adapun, itu hanya gimik persembahan.
Mereka akan susun strategi agar perkara yang tersimpan
di hati dapat direalisasikan.
Orang politik amat realistik meski di luar nampak penuh
retorik dan persepsi.
Pakjib akan hulur proposal bawah meja. Kalau perlu, ikut
celah kangkang. Tajuknya ialah 'sepupu saya akan
menggantikan saya'.
Sudah tentu Tokdet sudah lama mengetahui perkara ini.
Kalau ketua bahagian di Kedah nikah di siam tanpa
pengetahuan bini tua pun Tokdet boleh tahu, takkan
helah dua kupang Pakjib Tokdet tak faham?
Demang kurang bersetuju dengan tuduhan sesetengah
pihak bahawa Tokdet menentang Pakjib kerana mahukan
anakandanya menjadi PM. Alasan lebih tepat ialah Tokdet
tidak mahu H2O jadi PM.
(MAKNANYA SEMUA KEPUTUSAN KERAJAAN MESTILAH
DAPAT RESTU TOKDET,KIRA-KIRANYA TOKDET NI MACAM
DEWA HINDULAH)
Kenapa Tokdet menolak H2O? Sebenarnya bukan hanya
Tokdet yang meluat dengan H2O yang bagaikan anak rusa
nani itu bahkan majoriti rakyat ada sedikit geli geleman
dengannya.
Sebagaimana yang Demang tulis sebelum ini, air dengan
air sampah ke tepi juga, maka begitulah percaturan Tokdet
dan Pakjib. Bidak-bidak tidak pernah dibenarkan membuat
keputusan.
Ketika Tokdet dan sekutunya menghunjam Pakjib dengan
rangkaian misil yang dilepas satu demi satu, Pakjib pula tidak
berundur begitu sahaja. Bom-bom jangka dan jerangkap samar
diletak merata-rata. Panglima-panglima perang yang dirasakan
boleh melompat melangkahi sepupunya akan ditebas atau
dicacatkan.
Demang percaya anda faham maksud Demang. Sebagai bukti,
perhatikan beberapa pemimpin seperti DZH dan Tokpa. Pakjib
cerdik. Dia akan arahkan orang-orang yang ingin dipancungnya
untuk mengeluarkan kenyataan yang bangang dan bengong.
Kesannya, rakyat akan sakit hati, benci dan populariti orang
itu pun merudum.
Dalam pada itu, Pakjib akan balik dari luar negeri dan berlakon
sebagai pembela rakyat dan pura-pura memujuk rakyat.
Sementara itu, sepupunya yang diharapkan akan menaiki
Sementara itu, sepupunya yang diharapkan akan menaiki
singgahsana bendahara direhatkan secukupnya. Proses
pengeraman H2O bukan sahaja bagi mengelakkan dia
bercakap perkara yang bodoh-bodoh malah juga bagi
memastikan bulu-bulu halus anak rusa nani itu nampak
kembang dan bersih.
Meski keadaan politik agak rumit namun ada sedikit ruang
yang rakyat mampu berharap. YDPA kita Demang dengar
agak uzur. Moga Allah memberikan baginda kesihatan yang
baik. Namun jika sudah sampai ketetapan Ilahi, kita akan
dapat bakal pengganti yang lebih hebat.
(DALAM NEGARA DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA
BERPELEMBAGAAN SEPERTI MALAYSIA INI TELAH
DIPERUNTUKAN PENGASINGAN TUGAS DAN KUASA
DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA.
TIGA INSTITUSI YANG DIPERUNTUKAN ITU IALAH
INSTITUSI DIRAJA, INSTITUSI EKSKUTIF DAN INSTITUSI
KEHAKIMAN YANG JELAS BIDANG KUASA MASING-
MASING TERCATAT DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA.
ANDAIKATA MASING-MASING MENCAMPURI BIDANG
KUASA YANG LAIN MAKA AKAN BERLAKU KRISIS
KRISIS PERLEMBAGAAN.)
Demang amat optimis dengan beberapa calon antaranya
baginda sultan Perak yang intelektual, TMJ yang tegas
dan berani, atau sultan Kelantan yang warak.
(TMJ TU BUDAK LAGI,BARU JADI TENGKU MAHKOTA.
JANGANLAH HANYA KERANA MENYANGKA MEREKA INI
TIDAK SEBULU DENGAN NAJIB MAKA SESEDAP MULUT
MELETAKKAN MEREKA INI JADI YDPA.SEMUA ITU KUASA
MAJLIS RAJA-RAJA.PILIH YDPA BUKAN MACAM MEMILIH
TOK EMPAT)
Kita jangan lupa bahawa ketua negara kita bukannya PM
tetapi Yang Dipertuan Agong yang juga ketua agama Islam.
Dalam negara Islam, ketuanya adalah khalifah atau sultan.
Jangan pening sangat perkara asas ini.
Semoga Allah terus memberi rahmat kepada Malaysia
Darul Islam.
3 comments:
Bang....
Abang punya projek ikan sturgeon kat kuala tahan tu berapa dia punya untung setahun? Ada sampai 360 juta ke bang? Harga kavier sekarang ni usd7000 sekilo bang.....
Hari ni abang jual berapa kilo bang? Heeeeee
Hari ni aku jual kaviar 3 kilo aje bang. Dapatlah usd 30 ribu. Besok mungkin jual dalam 7 kilo bang.....he3
Goood blog post
Post a Comment